Kementerian Kesihatan pada Khamis membatalkan notifikasi terhadap 12 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, produk berkenaan ialah '3rd Series Yanko Whitening Cream Night Cream', '5th Series Yanko Whitening Cream Night Cream' dan '7th Series Yanko Whitening Cream Night' daripada syarikat Lurveya Sdn Bhd.
Selain itu 'Clair De Lune - P.Tuberose Day Cream' dan 'Clair De Lune - S.Involucrata Night Cream' dari syarikat Laurustinus Sdn Bhd; 'Dnars Nien Cream' (Rohban Trade Sdn Bhd); 'Glow Glowing N Glow' dan 'Glow Glowing T Treatment' (Qalbu Ocean Enterprise).
Ia juga termasuk 'VSL Beauty Care Toner A' dan 'VSL Beauty Care Toner B' daripada syarikat Qemrich Sdn Bhd; serta 'Dolly Glow Miracle Treatment Cream' dan 'Dolly Glow Luminous Night Cream' (Nh Biz Resources).
Katanya kesemua produk itu didapati mengandungi antara lain chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim, griseofulvin, metronidazole, ketoconazole, chlorpheniramine, hydroquinone dan tretinoin yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
"Penggunaan antibiotik (metronidazole, chloramphenicol, sulfamethoxazole, trimethoprim), antifungal (ketoconazole, griseofulvin) dan antihistamin (chlorpheniramine) tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan mudarat kepada kesihatan.
"Sementara, penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan, boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif dan boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit," katanya.
Beliau mengingatkan penjualan dan pengedaran produk-produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, dan memberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta.
Katanya individu melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," kata beliau.
Beliau berkata orang ramai yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik itu juga dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya, dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019

Noor Hisham mengingatkan penjualan dan pengedaran produk-produk berkenaan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, dan memberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta. - Gambar fail

Penglibatan WTCKL dalam Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia dihargai
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri melancarkan Pelancaran Pelan Pemasaran Strategik Acara Perniagaan Malaysia (SMP) 2021 2030 pada Khamis.

Akibat dendam, bekas pegawai polis dedah anggota terlibat jenayah terancang
Seorang bekas pegawai polis ditahan kerana dipercayai menjadi dalang memuat naik senarai nama anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didakwa terlibat pelbagai sindiket jenayah terancang

Lawan Arus | Wanita parah disahkan meninggal dunia
Seorang wanita yang parah selepas terlibat dalam kemalangan dirempuh pemandu yang melawan arus di Kilometer(KM) 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) arah Bagan Ajam Rabu lalu dilaporkan meninggal dunia.

10 Berita Pilihan - (17 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

7 pelajar Maktab Mahmud Baling disahkan positif COVID-19
Seramai tujuh pelajar Maktab Mahmud Baling, Kedah merangkumi enam pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu disahkan positif COVID-19, pada Sabtu.

AADK Jom Raya | AADK Kuala Pilah bawa kanak-kanak beli baju raya
Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun berkata, usaha itu bagi menyemarak kemeriahan suasana dan sambutan Aidilfitri dalam kalangan mereka.

Vaksin COVID-19 | Anwar Ibrahim terus tekan kerajaan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali menggesa rakyat supaya mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Pengampunan | Junta tentera bebaskan 23,000 tahanan
Junta Myanmar mengampuni dan membebaskan lebih dari 23,000 tahanan sempena cuti tahun baru. Bagaimanapun, ia tidak jelas jika pengampunan itu termasuk aktivis pro-demokrasi yang ditahan selepas kudeta pada Februari.

Putera Philip | Pemimpin Malaysia rakam ucapan takziah
Istiadat pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip menjadi tumpuan dunia dengan ramai pemimpin pelbagai negara mengucapkan takziah. Pemimpin Malaysia termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut sama menzahirkan ucapan takziah buat keluarga diraja itu.

AWANI Ringkas: Putera Philip selamat dimakamkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

12 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Katanya kesemua produk itu didapati mengandungi bahan-bahan yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.