awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kiefer Sutherland ditahan atas dakwaan serang, ugut pemandu 'rideshare'
Suami isteri ditemui maut dibunuh dalam rumah
Kerajaan sasar nilai eksport nanas RM2 bilion menjelang 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 terselamat, lori Jabatan Perhutanan jatuh gaung di Jalan Tapah-Cameron Highlands

Bernama
Bernama
24/11/2025
04:45 MYT
12 terselamat, lori Jabatan Perhutanan jatuh gaung di Jalan Tapah-Cameron Highlands
Seramai 12 mangsa terdiri daripada malim gunung, Orang Asli dan petugas Jabatan Perhutanan Negeri Perak terlibat dalam insiden tersebut. - Gambar/ JBPM
IPOH: Seramai 12 individu terselamat selepas sebuah lori Jabatan Perhutanan terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam lima meter di Batu 7, Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Tapah, semalam.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.52 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi sejauh 13 kilometer dan tiba 53 minit kemudian.
Beliau berkata setibanya di lokasi, didapati 12 mangsa terdiri daripada malim gunung, Orang Asli dan petugas Jabatan Perhutanan Negeri Perak terlibat dalam insiden tersebut.
"Seorang mangsa dilaporkan terperangkap di dalam lori dan mengalami kecederaan, manakala 11 lagi mangsa berjaya keluar sendiri dan dibantu orang awam.
"Seorang daripada mereka bertindak berjalan ke jalan utama untuk mendapatkan bantuan. Mangsa yang cedera dikeluarkan menggunakan pengusung sebelum semua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya dalam kenyataan berasingan berkata siasatan awal mendapati pemandu lori berusia lingkungan 30-an bersama 11 penumpang dalam perjalanan pulang selepas selesai memasang papan tanda sekitar Gunung Batu Putih.
Beliau berkata, cuaca hujan ketika kejadian dan lori berkenaan sedang menuruni laluan berbukit sebelum tayar kiri disyaki tergelincir akibat keadaan jalan yang sempit dan licin.
"Akibatnya, lori tersebut hilang kawalan, terbabas ke kiri jalan dan berpusing beberapa kali sebelum jatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati serta merancang perjalanan dengan baik, khususnya pada musim tengkujuh bagi mengurangkan risiko kemalangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perhutanan
#kemalangan lori jabatan perhutanan
#Cameron Highlands
#anggota perhutanan kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan