Sebanyak 120 pemilik motosikal dan kereta yang dicuri di sekitar bandar raya Miri dalam tempoh empat tahun lepas, gagal menuntut kembali kenderaan masing-masing walaupun sudah dimaklumkan menerusi notis kenyataan awam.
Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata kenderaan tersebut ditemui kembali oleh polis setelah pemilik membuat laporan polis mengenai kecurian kenderaan mereka dan kes kecurian tersebut telah selesai dibicarakan di mahkamah.
"Daripada jumlah itu, kenderaan yang tidak dituntut ialah 107 motosikal dan 13 kereta untuk kes jenayah dari 2012 hingga 2016," katanya kepada pemberita selepas pelupusan kenderaan tersebut di Balai Polis Pusat Miri pada Khamis.
Beliau berkata punca sebenar pemilik gagal menuntut kembali kenderaan mereka tidak diketahui, namun polis cuba memaklumkan kepada pemilik terbabit dengan memaparkan informasi kenderaan tersebut di papan kenyataan awam, tetapi tiada respons.
"Berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah seksyen 22 Akta Polis 1965 kita melupuskan harta yang dikategorikan harta tidak dituntut untuk dikitar semula," katanya bahawa turut dilupuskan hari ini ialah 1,248 unit komputer yang digunakan untuk judi dalam talian yang dirampas dalam tempoh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017

Ketua Polis Miri ACP Lim Meng Seah berkata kenderaan tersebut ditemui kembali oleh polis setelah pemilik membuat laporan polis mengenai kecurian kenderaan mereka - Foto Fail

Amaran cuaca buruk | Waspada, hujan lebat & angin kencang
MetMalaysia keluarkan amaran cuaca waspada sehingga hari ini. Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di beberapa negeri.

MotoGP | Hafizh harap tiada perlumbaan di litar sama
Permulaan tahun baru yang kurang menarik apabila dunia dilanda gelombang ketiga COVID-19..menjadikan banyak kemungkinan boleh berlaku.. Namun, pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP mengharapkan musim ini tiada lagi perlumbaan di litar sama seperti tahun lalu..

COVID-19 | Angka korban global melebihi 2 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 2 juta kes. Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 390 ribu kes.

COVID-19 | Ketidakpatuhan SOP punca peningkatan kes, bukan mutasi baharu - WHO
Dalam perkembangan berkaitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sifatkan mutasi baharu COVID-19 di Britain, Afrika Selatan dan Brazil belum memberikan kesan ketara. Sebaliknya agensi kesihatan dunia itu menyalahkan tingkah laku manusia sebagai penyebab peningkatan kes baru-baru ini.

COVID-19 | Kes positif dunia melebihi 93 juta
Rayuan PBB ini dibuat ketika jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 93 juta kes. Ia berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

COVID-19 | UK tutup koridor perjalanan bermula Isnin
United Kingdom pula umum tutup semua koridor perjalanan berkuatkuasa Isnin. Ini sebagai langkah melindungi rakyatnya daripapada varian baharu COVID-19 yang belum dikenal pasti.

Sukan Olimpik 2021| Status Sukan Olimpik pada 22 Januari ini
Majlis Olimpik Malaysia akan mendapat gambaran lebih jelas mengenai status penganjuran Sukan Olimpik Tokyo apabila menghadiri taklimat atas talian bersama Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, 22 Januari ini. Ia susulan protes rakyat negara matahari terbit itu untuk menganjurkan temasya julai depan ekoran peningkatan kes positif COVID-19.

AWANI Ringkas: Angka korban gempa Sulawesi meningkat | UK laksana sekatan perjalanan

Anti-minyak sawit | Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap EU
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) memulakan tindakan undang-undang terhadap Kesatuan Eropah (EU) serta negara-negara anggotanya iaitu Perancis dan Lithuania. Ini berikutan kempen anti-minyak sawit yang dilancarkan blok itu.

Gempa Sulawesi | Angka korban meningkat 42 mangsa
Angka korban akibat gempa bumi di Sulawesi, Indonesia meningkat kepada 42 mangsa setakat awal pagi Sabtu. Manakala lebih 600 mangsa cedera dalam gempa berukuran 6.2 pada skala ritcher yang berlaku pada Jumaat.

Polis tumpas 'Geng KTM' curi motosikal sejak 2013
Kesemua suspek berusia antara 29 dan 42 tahun ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Baru larikan kenderaan 30 minit, penyamun maut kemalangan
Proton Exora yang dipandu lelaki berusia 18 tahun itu bersama rakannya yang berumur 22 tahun, hilang kawalan.

Penganggur dicekup kes pecah rumah, curi kenderaan
Suspek berusia 23 tahun itu dikatakan telah memecah masuk sebuah rumah di kawasan kejiranan berkenaan yang dipercayai pulang ke kampung ketika cuti Tahun Baharu Cina lalu.

'Geng Bingai Turbo' curi kenderaan tumpas
Kegiatan suspek dikesan selepas mereka terlibat dalam 12 kes kecurian kenderaan sekitar Lembah Klang.

Kumpulan pecah rumah, curi kenderaan 'Geng Che Mi' tumpas
Taktik Geng Che Mi ini bermula dengan melakukan pecah rumah sebelum bertindak melarikan kenderaan yang ada di hadapan rumah.

Suspek samun dan seret wanita ditahan polis
Ketua Polis Daerah Tumpat berkata, kesemua suspek itu ditahan di beberapa lokasi di Tumpat serta Kota Bharu sejak penghujung Mei sehingga semalam.

Dua lelaki geng pecah rumah, curi motosikal ditahan
Polis menahan dua lelaki anggota geng pecah rumah dan curi motosikal dalam serbuan di sebuah rumah flat di Taman Sembilang, Seberang Jaya di sini pada Khamis.

Polis Terengganu tahan 13 suspek samun pekerja asing
Suspek terdiri dari 12 lelaki termasuk remaja berumur 14 tahun yang masih bersekolah dan seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah.

Lelaki terlibat kes pecah rumah dan curi kenderaan ditahan
Polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan Permatang Tinggi kira-kira pukul 1 pagi telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dalam keadaan mencurigakan.

545 saman dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan di KL
Sebanyak 545 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan semalam di sekitar ibu kota.