Skip to main content

Malaysia

120 pemohon status dari Sarawak kini warganegara Malaysia

61553684149_AkhbarTheStarKe.jpg
SEJUMLAH 120 permohonan status kewarganegaraan dari Sarawak di bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan kini mampu senyum lebar kerana hari ini (Rabu) mereka telah terima surat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah  jumlah itu adalah  63 peratus daripada permohonan yang dibentang sejak 2016 hingga 2017.

Keputusan yang lain akan dimaklumkan oleh KDN melalui pos terus kepada pemohon.

"Daripada 190 permohonan telah dibentang sejak November 2016 hingga Ogos 2017 dan sebanyak 120 permohonan atau 63 peratus telah menerima surat kelulusan dari KDN," kata beliau.

Untuk rekod jawatankuasa khas status kewarganegaraan di bawah Perkara 15A, Perlembagaan Persekutuan yang ditubuhkan pada 2016.

Advertisement

Must Watch Video