KUCHING: Sebanyak 13 acara sukan dipertandingkan pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR) III yang akan diadakan di Sibu dari 15 hingga 18 Jan depan.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kelayakan atlet menyertai SUKSAR III itu adalah mereka berusia 21 tahun ke bawah serta tidak pernah memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) serta tidak terlibat dalam program pelapis kebangsaan.
"Tujuan sebenar penganjuran SUKSAR III ini adalah sebagai platform mencari atlet berbakat untuk membentuk skuad pelapis SUKMA yang akan berlangsung pada Ogos tahun hadapan.
"Penganjuran SUKSAR juga untuk membantu persatuan kurang aktif dalam penganjuran pertandingan untuk bersiap sedia menghadapi SUKMA kelak," katanya pada sidang media di sini semalam.
Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata selain itu, penganjuran SUKSAR juga bertujuan untuk memperkenalkan sukan teras di seluruh Sarawak mengikut pecahan Zon.
Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian mewakili Zon Selatan; bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei (Zon Barat); bahagian Sibu, Mukah dan Kapit (Zon Tengah) dan Zon Utara gabungan tiga bahagian iaitu Bintulu, Miri dan Limbang.
"Antara acara sukan yang dipertandingkan selama empat hari berlangsung ialah angkat berat, berbasikal, bola keranjang, bola tampar, futsal, hoki, judo, karate, pencak silat, sepak takraw, tinju, taekwondo dan wushu," katanya.
Abdul Karim berkata acara perasmian yang dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Sibu akan dihadiri oleh beliau manakala Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadual menyempurnakan majlis penutup.
SUKMA 2024 di Sarawak akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Abdul Karim berkata, penganjuran SUKSAR juga bertujuan untuk memperkenalkan sukan teras di seluruh Sarawak mengikut pecahan Zon. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: Mesej PM kepada Pesuruhjaya PBB Hak Manusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Gangguan bekalan air bermula hari ini
Pokok tumbang hempap kereta, 5 termasuk 2 dua kanak-kanak selamat
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
Gangguan bekalan air bermula hari ini
Pokok tumbang hempap kereta, 5 termasuk 2 dua kanak-kanak selamat
Mahmud tarik diri jadi peguam ibu bapa Zayn Rayyan
5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar
Antara faktornya ialah ubah suai rumah, menjadi bank tanpa faedah untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak bermanfaat.
Vinicius pilihan utama menangi Ballon d'Or - Neymar
Vinicius merupakan penjaring terbanyak Real Madrid dalam pertandingan Liga Juara-Juara kempen ini dengan enam keseluruhannya.
Kepentingan hak asasi manusia selari dengan konsep Malaysia Madani - PM
Kepentingan hak asasi manusia selari dengan apa yang dibawa dalam konsep Malaysia MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia akan dukung prinsip, gerakkan kepaduan sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan akan berpegang teguh dengan nilai kebangsaan dan dasar luarnya selain daripada komitmennya kepada organisasi serantau yang diasaskan bersama 57 tahun dahulu.
Pergerakan jemaah Malaysia untuk Operasi Masyair bermula 8 Zulhijjah
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan pergerakan 31,600 jemaah haji Malaysia untuk Operasi Masyair bagi musim ini akan bermula pada 8 Zulhijjah lagi dalam usaha mengelakkan kesesakan untuk wukuf di Arafah.
Pyanhabib seorang seniman yang amat disayangi dan disegani - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga penyair dan pelakon Mohd Supyan Abdul Rahman, 66 tahun atau lebih dikenali sebagai Pyanhabib, yang meninggal dunia malam tadi.
Anwar utus salam takziah kepada keluarga Pyanhabib
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu menyampaikan salam takziah kepada keluarga seniman pelakon dan penyair versatil tanah air, Mohd Supyan Abdul Rahman Pyanhabib atau Osman Tikus.
Menerusi hantaran di platform X beliau, Anwar turut mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Menerusi hantaran di platform X beliau, Anwar turut mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh.
Itali belum ada calon sarung jersi nombor 10
Setakat ini, kapten AS Roma, Lorenzo Pellegrini kerap menyarung jersi bernombor 10 dalam aksi antarabangsa Gli Azzurri.
13 acara sukan dipertandingkan pada SUKSAR III
Kelayakan atlet menyertai SUKSAR III itu adalah mereka berusia 21 tahun ke bawah serta tidak pernah memenangi pingat emas pada SUKMA.