awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar

Sinar Harian
Sinar Harian
05/06/2024
00:15 MYT
5 sebab duit KWSP cepat habis - Pakar
Mohamad Fazli berkata, risiko pekerja jatuh miskin pada usia tua akibat ketiadaan tabungan kewangan mencukupi telah lama diperkatakan. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan selepas bersara habis dalam tempoh singkat.
Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, faktor lain ialah ubah suai rumah, menjadi ‘bank tanpa faedah’ untuk anak-anak dan membuat pelaburan yang tidak sah atau tidak bermanfaat.
“Kebanyakan masyarakat kita tidak mempunyai perlindungan takaful. Jadi apabila sudah mencapai usia persaraan, banyak wang digunakan untuk tujuan perubatan dan ini tidak boleh elak.
“Selain itu, kebanyakan mereka menggunakan wang KWSP untuk menyelesaikan pelbagai hutang seperti rumah, kenderaan dan pinjaman peribadi.
“Namun, ada juga membelanjakan kepada perkara tidak penting seperti buat ubah suai rumah dan menjadi bank kepada anak-anak hingga sanggup menanggung sepenuhnya kenduri kahwin mereka.
“Akhirnya, duit yang sepatutnya digunakan untuk menjalani kehidupan lebih baik dan selesa dalam tempoh persaraan menjadi sebaliknya,” katanya.
Mohamad Fazli berkata, risiko pekerja jatuh miskin pada usia tua akibat ketiadaan tabungan kewangan mencukupi telah lama diperkatakan.
Ujarnya, keadaan ini berlaku disebabkan kebanyakan rakyat masih kurang memahami keperluan menabung untuk masa depan, selain lemah dalam pengurusan kewangan mereka.
“Keadaan ini turut mendorong sesetengah mereka terlibat dengan skim pelaburan tidak sah. Bukan sahaja tidak dapat untung, malah ada yang rugi,” katanya.
INFO
KE MANA DUIT PERSARAAN DIHABISKAN:
1. Ubah suai rumah
2. Belanja kenduri kahwin anak
3. Bayar hutang
4. Biayai kos perubatan
5. Terlibat pelaburan tidak sah
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#persaraan
#duit KWSP cepat habis
#KWSP
#hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan