KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 deretan kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Serdang, Selangor, pada Isnin.

Menurut Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.15 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kedai emas sebelum merebak ke 12 lagi kedai bersebelahan.

"Bomba berjaya memadam kebakaran pada jam 5.30 pagi," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Kebakaran melibatkan sebuah kedai emas sebelum merebak ke 12 lagi kedai bersebelahan. - Foto JBPM

Norazam turut memaklumkan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.