Skip to main content

Dunia

Hezbollah dakwa lancar 60 serangan terhadap Israel dalam tempoh 24 jam

Families celebrate the Passover Eve dinner at a festive table in an underground shelter, in Ramat Gan, Israel, Wednesday, April 1, 2026. (AP Photo/Ohad Zwigenberg)
Keluarga meraikan makan malam Paskah di sebuah meja perayaan dalam tempat perlindungan bawah tanah di Ramat Gan, Israel. - Foto AP

BEIRUT: Kumpulan Hezbollah mendakwa telah melancarkan sebanyak 60 operasi ketenteraan terhadap Israel dalam tempoh 24 jam lalu, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Menurut kenyataan tersebut, serangan berkenaan merangkumi pelancaran roket dan dron ke atas beberapa sasaran di dalam wilayah Israel, selain serangan terhadap anggota tentera Israel yang didakwa menceroboh kawasan selatan Lubnan.

Advertisement

Hezbollah turut mendakwa pihaknya berjaya menyerang dan melumpuhkan empat kereta kebal Israel dalam siri operasi berkenaan.

Kumpulan itu tidak memperincikan lokasi tepat serangan atau tahap kerosakan yang dialami pihak Israel.

Serangan berterusan itu berlaku ketika ketegangan di sempadan Lubnan–Israel meningkat, dengan pertukaran serangan rentas sempadan dilaporkan hampir setiap hari sejak beberapa bulan kebelakangan ini, susulan peluasan konflik di rantau tersebut.

Pihak berkuasa Israel setakat ini belum memberikan maklum balas rasmi terhadap dakwaan terbaru Hezbollah itu.

Pertembungan berlarutan di sempadan utara Israel terus mencetuskan kebimbangan terhadap risiko konflik berskala lebih besar di rantau Asia Barat.
 

 

Must Watch Video