awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 Ketua Cabang PKR di Kelantan sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

Bernama
Bernama
07/05/2025
21:45 MYT
13 Ketua Cabang PKR di Kelantan sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden
Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR dan ketua-ketua cabang PKR dari beberapa negeri secara terbuka menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. - Gambar fail
KOTA BHARU: Sebanyak 13 Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyatakan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu bagi sesi 2025-2028.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata sokongan itu diberikan kerana Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR merupakan pemimpin berpengalaman dan kelebihan itu mampu memperkukuhkan lagi parti.
"Melalui pengalaman beliau (Nurul Izzah) selama lebih 25 tahun dalam politik serta keperibadiannya sentiasa bersama akar umbi, ia dapat membantu parti ke arah hala tuju lebih berkesan dalam menghadapi suasana politik yang semakin mencabar," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata 13 ketua cabang yang memberi sokongan kepada Nurul Izzah adalah Tanah Merah, Kota Bharu, Gua Musang, Bachok, Ketereh, Pasir Puteh, Machang, Kubang Kerian, Rantau Panjang, Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Kuala Krai.
Sebelum ini, beberapa pemimpin PKR dan ketua-ketua cabang parti itu dari beberapa negeri termasuk Johor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Selangor secara terbuka menyatakan sokongan terhadap pencalonan Nurul Izzah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.
Pencalonan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), AMK Pusat dan Wanita Pusat akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini secara dalam talian.
Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei manakala Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 24 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#Mohamad Suparadi Md Noor
#pemilihan PKR
#PKR Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami