Mayat 13 rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan bas di Chiang Mai pada Ahad, ditempatkan di Maharaj Nakorn Chiang Mai Hospital di Chiang Mai, Thailand.

Duta Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussin berkata sembilan rakyat Malaysia yang cedera pula dirawat di pelbagai hospital termasuk Bangkok Hospital di Chiang Mai.

"Seorang daripada mereka yang cedera parah telah menjalani pembedahan. Identitinya akan dimaklumkan kemudian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut laporan berita antarabangsa, bas yang membawa 22 warganegara Malaysia terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari Chiang Rai ke Chiang Mai.

BACA: 15 waris mangsa kemalangan bas Thailand dibawa ke Chiang Mai

Nazirah berkata waris telah pun dimaklumkan mengenai lokasi mangsa dan mereka kini sedang dalam perjalanan ke Chiang Mai.

Beliau turut mengeluarkan senarai penuh nama rakyat Malaysia yang terlibat dalam kemalangan itu:

TERKORBAN:

1. Tan Thin Thin
2. Tan Sui Heng
3. Ker Bong Ngwang
4. Low Chee Lan
5. Ong Chai Hong
6. Ong Pek Ming
7. Chua Ah Kim
8. Lum See Seng
9. Ong Chui Hoe
10. Ker ah Hwe
11. Teng Hian Min
12. Wong Yoke Ying
13. Png Ee Ting

CEDERA:

1. Taan Yong Soon
2. Ker Shin Hui
3. Ong Pek Ming
4. Ng Too Hiyok
5. Lum Jia Miem
6. Lim Ah Gek
7. Lee Siew Kim
8. Ted Tien Chor
9. Lim Guat Huay