Berikut adalah kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkenaan isu 13 Mei:
Peringatan YAB Timbalan Perdana Menteri semasa berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang tempoh hari harus diambil dalam semangat ianya dimaksudkan iaitu peringatan oleh orang nombor dua kepimpinan negara yang cintakan negaranya dan mahu melihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni. Merupakan perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab sama sekali untuk memutarbelitkan lontaran beliau yang bersifat peringatan positif dengan sebaliknya menggambarkannya sebagai suatu ancaman sepertimana yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang. Perbuatan tersebut mendedahkan niat kurang baik dan sifat tidak prihatin/bebal kepada fakta sejarah pihak-pihak yang terlibat.
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merasa terpanggil mengeluarkan kenyataan ini melihat arah aliran perbahasan mengenai kenyataan beliau yang telah disalah andaikan oleh pihak pembangkang sebagai bersifat ancaman. Adakah salah bagi pemimpin negara memberi peringatan kepada rakyat bahawa perpaduan negara mesti dipelihara dengan baik? Apakah motif YB Lim Kit Siang yang memutarbelit maksud Timbalan Perdana Menteri dan menganggap ia sebagai satu ancaman? Bagi saya ini adalah perkara biasa bagi YB Lim Kit Siang yang sentiasa bersangka buruk dan mensensasikan isu dengan niat yang tidak bertanggungjawab. Mungkin YB Lim Kit Siang harus bermuhasabah dan fikir apa yang beliau dan parti beliau telah menyumbang kepada Perpaduan Nasional yang semakin rapuh hari ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa semenjak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat aliran peningkatan penggunaan isu-isu bersifat pemecahbelah berasaskan etnik, agama, bahasa, ekonomi dan sejarah dalam polemik nasional. Penggunaan isu-isu ini telah menyebabkan peningkatan suhu politik negara ke tahap yang membimbangkan. Kita harus mengambil maklum akan kronologi perjalanan sejarah Malaysia dan negara-negara lain didunia bagaimana penggunaan isu-isu pemecahbelah ini jika dibiarkan tanpa ditangani mampu dan telah menimbulkan ketidakstabilan.
Perpaduan Nasional bukannya perkara yang boleh diambil mudah, ia rapuh sifatnya dan memerlukan usaha pengukuhan yang berterusan. Setiap era melahirkan cabaran baru kepada perpaduan rakyat Malaysia dan cabaran itu perlu kita tangani bersama secara bijaksana dan bertanggungjawab. Hakikatnya tragedi hitam 13 Mei 1969 merupakan suatu fakta sejarah, titik-titik yang membawa kepada peristiwa ini telahpun dan akan terus dibahas oleh para sejarawan, selama lebih empat dekad juga kerajaan telah menggubal dan melaksanakan pelbagai dasar bagi memastikan tragedi ini tidak mungkin lagi berlaku dengan mengurangkan kesan pencetusnya sama ada bersifat politik, ekonomi mahupun sosial.
Namun rakyat Malaysia seharusnya insaf Perpaduan Nasional yang bersifat mapan tidak mampu dibina dalam waktu yang singkat dan hanya dengan niat yang baik dengan mengambil kira secara objektif realiti yang wujud dan sejarah lampau. Hakikatnya semenjak merdeka dan kemudiannya pembentukan Malaysia kita telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina sebuah negara bersatu di atas kepelbagaian yang amat kompleks tanpa mengorbankan prinsip-prinsip demokratik dan kebebasan individu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Ianya satu usaha mencabar yang telah dipikul dengan jayanya oleh bapa-bapa pengasas negara melalui Parti Perikatan dan diteruskan hari ini oleh Parti Barisan Nasional yang mempelopori konsep perkongsian kuasa antara kaum di negara ini.
Sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama, bahasa, status ekonomi dan budaya, pemupukan perpaduan nasional sewajibnya dijadikan keutamaan dan iltizam semua pihak. Pengukuhan perpaduan nasional bukannya semata-mata tugas kerajaan sahaja ia juga tugas semua pihak termasuk pembangkang oleh itu marilah kita sama-sama tunaikannya.
Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
7 Julai, 2014
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Khairy Jamaluddin adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Artikel mula diterbitkan di laman Facebook beliau, Khairy Jamaluddin.
** Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Khairy Jamaluddin
Mon Jul 07 2014
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - Gambar Fail
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.