awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,317 mangsa banjir di empat negeri ditempatkan di 22 PPS

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/10/2021
02:20 MYT
1,317 mangsa banjir di empat negeri ditempatkan di 22 PPS
Setakat jam 8 pagi pada Jumaat, seramai 942 mangsa banjir daripada 236 keluarga di Melaka masih ditempatkan di 11 PPS. -Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seramai 1,317 mangsa banjir masih ditempatkan di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat negeri seluruh negara.
Menurut Info Bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, antara negeri terlibat ialah Melaka, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan melibatkan 359 keluarga.
Setakat jam 8 pagi pada Jumaat, seramai 942 mangsa banjir daripada 236 keluarga di Melaka masih ditempatkan di 11 PPS.
Antara wilayah terjejas termasuk Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Di Selangor, sebanyak lapan PPS dibuka untuk menempatkan 299 mangsa daripada 81 keluarga.
Wilayah terjejas banjir di negeri itu adalah Klang dan Sepang.
Dalam pada itu, Perak merekodkan 51 mangsa banjir daripada 17 buah keluarga yang masih ditempatkan di dua PPS.
Hanya satu wilayah di negeri itu yang terjejas banjir iaitu di Larut.
Terakhir, Negeri Sembilan membuka satu PPS untuk menempatkan 25 mangsa daripada 25 keluarga.
Wilayah yang masih terjejas banjir di negeri itu ialah Port Dickson.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan