Seramai 137 penduduk dari 17 kampung di Pos Kemar, Hulu Perak dikesan positif malaria dalam pemeriksaan darah beramai-ramai (MBS) yang dijalankan sehingga Rabu lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, mereka terdiri daripada 72 lelaki dan 65 perempuan termasuk 79 kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah yang kesemuanya positif malaria jenis Plasmodium vivax (P. vivax), kecuali satu kes Plasmodium falciparum.
"Selepas MBS dijalankan di kampung berkenaan, pemantauan berterusan akan dilakukan petugas kesihatan. Mana-mana individu yang mengalami demam perlu menjalani pemeriksaan darah untuk malaria," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Menurutnya, wabak malaria di Pos Kemar mula dilaporkan pada 16 November lepas apabila tiga orang penduduk didapati positif oleh kakitangan kesihatan di lapangan untuk jangkitan malaria jenis P. vivax selepas mereka mengadu mengalami demam berpanjangan.
Sebelum ini, Pos Kemar telah diisytiharkan sebagai kawasan bebas malaria (kawasan hijau) memandangkan tiada kes malaria dilaporkan di kawasan itu sejak lebih dari tiga tahun lepas.
Dr Noor Hisham berkata selain MBS, aktiviti-aktiviti kawalan lain telah dipertingkatkan di kampung terlibat.
Sehingga Rabu lepas, katanya sebanyak 724 rumah (100 peratus) di kawasan Pos Kemar telah disembur dengan racun pembunuh nyamuk, dan kesemua penduduknya telah dibekalkan dengan kelambu berubat.
"Aktiviti kawalan turut diperkukuhkan melalui aktiviti larvaciding bagi mencegah pembiakan nyamuk Anopheles di Pos Kemar," katanya.
Selaras dengan Pelan Strategik Eliminasi Malaria, katanya aktiviti MBS akan diulangi semula selepas sebulan dari tarikh MBS pertama bagi memastikan kes baharu berjaya dikesan dan seterusnya mengekang menyebaran jangkitan malaria secara berleluasa.
"MBS kedua akan bermula 27 Disember di kampung yang melaporkan kadar insiden malaria melebihi satu peratus," katanya.
Dr Noor Hisham berkata di kampung lain, aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) akan turut dilaksanakan.
Bagi aktiviti ACD, katanya kakitangan kesihatan akan melawat kampung berkenaan dan hanya mereka yang menunjukkan gejala demam akan diambil contoh darah.
"Pihak Kementerian Kesihatan menjangkakan jumlah kes yang dikesan akan berkurangan di pusingan MBS kedua ini," katanya.
Beliau berkata wabak semasa yang berlaku di Pos Kemar adalah kerana parasit malaria dibawa masuk oleh pesakit dari luar kawasan dengan risiko utama adalah melalui kemasukan pekerja asing ke kawasan ini.
Sehubungan itu, katanya menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan pekerja asing yang diambil bekerja telah disaring bagi mengesan jangkitan malaria bagi mengelakkan pekerja asing ini menjadi punca jangkitan dalam kalangan masyarakat tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016

Wabak malaria di Pos Kemar mula dilaporkan pada 16 November lepas apabila tiga orang penduduk didapati positif oleh kakitangan kesihatan. - Gambar fail

Dr Zulkifli ingatkan agensi kementerian, jangan ditegur Ketua Audit Negara lagi
Dr Zulkifli herap tiada ada lagi mana-mana 13 agensi kementerian menerima teguran sedemikian rupa, demi menjaga integriti dan amanah.

Undang-undang baharu diperkenalkan, mahkluk mitos Bigfoot kembali diburu!
Zon pemburuan makhluk mitos itu adalah di kawasan hutan tebal di pergunungan Ouachita, tenggara Oklahoma.

Industri kelapa sawit paling terdedah kekurangan buruh - KRI
Fatimah berkata, pengeluaran hanya mencapai seperlima daripada paras biasa atau 'Business As Usual (BAU) level'.

Kaukus Dewan Negara gesa campur tangan beberapa pihak termasuk GLC dan MNC tangani isu PdPR
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional (MNC), badan yayasan dan semua wakil rakyat digesa campur tangan dalam menyelesaikan isu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Isu pak cik gelang 'pink' isi minyak, janganlah cepat melatah - KP Melaka
Lelaki berkenaan bersama isteri dan anak perempuannya dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang terbabit.

Anak, bapa meninggal selang beberapa jam
Anak lelaki mangsa, Zulfahmi Hasbollah, 46, ditemui tidak sedarkan diri di luar bilik mandi rumahnya.

Ada pihak sengaja rosakkan pagar LPT2 untuk buka laluan lembu ragut rumput
Sebanyak 174 kes kerosakan pagar dilaporkan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sejak 2017.

AWANI Ringkas: Setahun selepas kes pertama di Malaysia | Tun M: Ramai takut bersuara tentang darurat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Perjuangan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 masih belum berakhir - KP Kesihatan
Menerusi perkongsian di Twitternya, beliau turut memaklumkan pengakhiran perjuangan ini masih belum berakhir.

Vaksin COVID-19 menurut perspektif Islam
Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu.

Jumlah kes COVID-19 Malaysia sudah cecah 100 ribu! Ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Ini lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai penularan COVID-19 di dalam negara hari ini.

Pengawal keselamatan Top Glove berada pada tahap akhir jangkitan ketika dimasukkan ke hospital - KKM
Lelaki warga Nepal berkenaan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi paru-paru kesan jangkitan COVID-19.

Tempoh kuarantin wajib dikurangkan dari 14 kepada 10 hari - Dr Noor Hisham
Langkah itu sama seperti dilakukan di negara lain berdasarkan laporan saintifik semasa.

Kenyataan MP Bintulu tidak wajar dan memalukan - Pemimpin GPS
Tindakan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati adalah mengejutkan dan memalukan.

Sabah terus catat kes harian tertinggi COVID-19, ini 5 perkara penting sidang media KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sebanyak 629 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 18,758 kes.

COVID-19: 101 kes terkini, empat kluster baharu, kebanyakan dari Sabah
Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Putrajaya, dan Perlis masing-masing rekod satu kes saringan pulang dari Sabah.

KKM kesan Kluster Bunga, tiada risiko penularan pada komuniti
Kluster Bunga merupakan kluster terpencil dan membabitkan pekerja yang bertugas dalam sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson.

COVID-19: Malaysia catat satu lagi kematian, enam kes baharu direkod hari ini
Ia merupakan kematian kedua dicatatkan bulan ini, selepas dua kematian terakhir direkodkan semalam, dan pada 31 Julai 2020.

PKPD masih boleh dilaksanakan sewaktu PKPB sekiranya 'R0' melebihi 1 - Dr Noor Hisham
Setakat ini R0 atau kadar kebolehjangkitan di seluruh negara adalah pada kadar 0.7, membawa maksud ianya dalam keadaan terkawal

Kapasiti hospital awam meningkat selepas berjaya ratakan lengkungan jangkitan COVID-19
Ia membolehkan kementerian meningkatkan lagi persiapan sekiranya ada gelombang baharu akibat wabak itu.