Seramai 138,901 pendatang asing tanpa izin menyertai program 'Back For Good' (B4G) untuk permohonan pulang ke negara asal, setakat Khamis lepas, sejak program itu dilancarkan Jabatan Imigresen Malaysia pada 1 Ogos.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata warga Indonesia merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 53,328 orang, diikuti Bangladesh (38,734), India (22,964), Myanmar (6,923) dan selebihnya dari negara lain.
"Kami menjangkakan jumlah ini semakin bertambah setiap hari sehingga ke hujung bulan.
"Jabatan imigresen juga melanjutkan tempoh operasi sehingga 10 malam dan pejabat kami di seluruh Malaysia juga dibuka pada Sabtu dan Ahad," katanya kepada media selepas program 'Immigration Fun Run' di sini hari ini.
Menjelang tarikh akhir program B4G, Khairul Dzaimee berkata jumlah pendatang asing tanpa izin yang menyertai program ini dijangka meningkat dengan mendadak kerana ramai yang suka menunggu saat-saat akhir dan beranggapan bahawa program ini akan disambung.
"Keputusan telah dibuat oleh kerajaan bahawa tidak ada sambungan pada B4G dan akan berakhir pada 31 Dis ni. Selepas itu, jabatan akan melaksanakan operasi penahanan secara besar-besaran," katanya.
Beliau turut menasihati pendatang asing tanpa izin yang berada di Lembah Klang untuk tidak bertumpu di Jabatan Imigresen di Putrajaya, sebaliknya mereka boleh juga pergi ke pejabat Imigresen yang kurang sibuk seperti di Terengganu, Pahang dan di utara Semenanjung.
Program B4G bertujuan memberi peluang kepada warga asing yang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 pulang ke negara asal secara sukarela mengikut syarat yang ditetapkan.
Mereka hanya perlu mendapatkan dokumen pengenalan diri yang lengkap daripada kedutaan besar dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi masing-masing dan menyerahkan kepada pejabat Imigresen untuk diproses.
Selain itu, mereka perlu menyediakan bayaran kompaun sebanyak RM700 serta menunjukkan tiket penerbangan ke negara asal bagi tujuan itu.
Sementara itu, mengenai program hari ini, Khairul Dzaimee berkata seramai 2,300 peserta menyertai larian ini di mana 1,000 daripadanya adalah kakitangan Imigresen.
"Objektif utama Immigration Fun Run ialah mempromosikan kehidupan sihat dan merapatkan jabatan ini dengan masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 14 2019
Khairul Dzaimee berkata jumlah pendatang asing tanpa izin yang menyertai program ini dijangka meningkat dengan mendadak kerana ramai yang suka menunggu saat-saat akhir dan beranggapan bahawa program ini akan disambung. - Gambar fail
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Tinggal seminggu, pekerja PATI bakal diburu, jangan tunggu, serah diri elak kena gari
Pekerja dari kalangan PATI bakal menghadapi tindakan sekiranya mereka tidak mengambil peluang pulang ke negara asal di bawah program B4G yang akan berakhir 31 Disember.
138,901 pendatang asing tanpa izin sertai B4G
Warga Indonesia merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 53,328 orang, diikuti Bangladesh (38,734), India (22,964), Myanmar (6,923) dan selebihnya dari negara lain.