awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam

Bernama
Bernama
15/03/2024
03:56 MYT
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
HTMS Khirirat. - Foto Facebook Joint Operations Command
BANGKOK: Seramai 14 anggota Tentera Laut Diraja Thailand mengalami kecederaan apabila tembakan meriam dari kapal tentera laut, HTMS Chonburi mengenai bahagian belakang kapal HTMS Khirirat di Pangkalan Tentera Laut Sattahip di Chon Buri.
Jurucakap Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Muda Wirudom Muangjeen berkata dalam kejadian kira-kira tengah hari Khamis, tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat, sebuah frigat, yang berlabuh di Jeti Laem Thian.
Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran di atas kapal berkenaan.
Semua mangsa dikejarkan ke hospital di Sattahip dan ramai kru yang terhidu asap.
HTMS Chonburi kembali ke pangkalan pada Rabu selepas mengalami pincang tugas semasa latihan menembak yang menyaksikan peluru tertinggal di dalam laras meriam.
Tembakan itu dilaporkan berlaku semasa pembaikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#Tentera Laut
#kapal terbakar
#tembakan meriam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan