awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 warga Myanmar masuk tanpa izin ditahan

Bernama
Bernama
09/12/2012
06:16 MYT
14 warga Myanmar masuk tanpa izin ditahan
Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Bukit Kayu Hitam menahan 14 warga Myanmar yang memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan sah, dalam operasi di Kampung Cerok Mokkan, Hosba dekat Changlun semalam.
Mereka terdiri daripada seorang wanita dan 13 lelaki, berusia antara 19 dan 35 tahun, dipercayai sedang menunggu sindiket untuk dibawa ke tempat kerja masing-masing, kata Komander UPP Bukit Kayu Hitam Baharim Kamis.
"Mereka yang ditahan pernah bekerja di Malaysia antara satu dan dua tahun di Kuala Lumpur dan Kemunting, Perak. Antara pekerjaan yang mereka lakukan ialah mencuci kenderaan, kilang dan pembantu kedai," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Katanya siasatan awal mendapati mereka memasuki Malaysia menerusi Thailand dan menjadikan rumah kosong di kampung itu sebagai pusat transit sebelum diambil oleh sindiket.
Mereka ini dipercayai baru sahaja tiba sebelum ditahan pasukan UPP pada pukul 3.30 petang, katanya.
"Kita difahamkan semua pendatang itu telah membayar antara RM700 dan RM800 kepada sindiket untuk memasuki negara kita. Mereka tidak mengenali antara satu sama lain.
"Saya percaya sindiket itu diuruskan oleh rakyat tempatan kerana mereka (sindiket) tahu di mana lokasi yang sesuai untuk menempatkan Pati (pendatang tanpa izin) tersebut," katanya.
Menurutnya serbuan itu adalah yang pertama dilakukan UPP di lokasi tersebut yang terletak hanya 15 kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand.
Katanya kes itu diserah kepada Jabatan Imigresen Kedah untuk siasatan lanjut.
Mereka semua tidak mempunyai dokumen yang sah dan melanggar Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, serta tidak lebih daripada enam sebatan, katanya.
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan