awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

147 pengunjung pusat hiburan dikompaun kerana langgar SOP

Bernama
Bernama
13/11/2021
03:32 MYT
147 pengunjung pusat hiburan dikompaun kerana langgar SOP
Polis mengeluarkan kompaun RM5,000 terhadap setiap 147 individu. - Foto fail
JOHOR BAHRU: Seramai 147 individu melibatkan pengunjung dan seorang penjaga sebuah pusat hiburan di Taman Ekoflora di sini, dikompaun berjumlah RM760,000 selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kesemua mereka yang berusia 18 hingga 53 tahun itu ditahan menerusi Op Hiburan pada kira-kira 10.30 malam.
"Dalam serbuan itu, polis mengeluarkan kompaun RM5,000 terhadap setiap 147 individu membabitkan 95 lelaki termasuk seorang penjaga premis, 51 wanita dan seorang wanita warga asing.
"Selain itu, polis turut mengeluarkan kompaun berjumlah RM25,000 kepada penjaga premis berkenaan atas kesalahan beroperasi tanpa lesen yang sah dan melanggar SOP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semakan rekod terhadap wanita warga asing yang ditahan mendapati dia telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan dokumen pengenalan dirinya masih sah.
Katanya antara peralatan yang dirampas adalah tiga resit perniagaan, satu mikrofon dan satu amplifier.
Kesemua mereka dikompaun mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor.
Raub meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Hiburan
#pusat hiburan
#kompaun
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan