awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 individu ditahan, balak bernilai RM3.5 juta dirampas - Jabatan Perhutanan Terengganu

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2016
06:22 MYT
15 individu ditahan, balak bernilai RM3.5 juta dirampas - Jabatan Perhutanan Terengganu
Antara 15 belas individu yang ditahan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu yang dipercayai terbabit dengan pembalakan haram. - Foto Astro AWANI
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu menahan lima belas individu serta merampas 24 jentera dan balak bernilai kira-kira RM3.5 juta dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Pengarahnya, Datuk Azmi Nordin berkata dua kawasan di negeri itu yang berhadapan pencerobohan serius adalah kawasan Hutan Simpan Rasau, Kerteh di daerah Kemaman dan hutan di daerah Besut.
Menurut Azmi, di Kemaman pembalak haram menggunakan jentera berat untuk menjalankan operasi manakala di Besut, kecurian balak membabitkan penebangan pokok bersaiz kecil yang dipercayai bagi menampung keperluan kilang arang di Terengganu dan Kelantan.
Penggunaan dron katanya memudahkan pihaknya membuat tinjauan udara untuk mengambil tindakan segera bagi membanteras taktik licik pembalak haram. – Foto Astro AWANI
Penggunaan dron katanya memudahkan pihaknya membuat tinjauan udara untuk mengambil tindakan segera bagi membanteras taktik licik pembalak haram. – Foto Astro AWANI
“Kerajaan negeri ataupun Jabatan Perhutanan memandang serius perkara ini. Walaupun buat masa ini jabatan mempunyai kakitangan yang terhad, namun kita tetap menjalankan usaha dengan kemudahan yang sedia ada.
“Kita akan memohon daripada kerajaan negeri (bantuan) dari segi teknologi terutama sekali dari segi penggunaan dron untuk kita pantau dan merisik kegiatan mereka ini,” kata Azmi.
Penggunaan dron katanya memudahkan pihaknya membuat tinjauan udara untuk mengambil tindakan segera bagi membanteras taktik licik pembalak haram.
Menurutnya lagi, tahun lalu sahaja 56 tangkapan dibuat dengan 14 jentera bernilai RM1 juta berjaya dirampas .
Selain itu, tahap kesedaran di kalangan masyarakat dalam membantu menyalurkan maklumat memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan pihaknya membanteras kegiatan pembalakan haram di negeri itu.
Topic Berkaitan
#Azmi Nordin
#balak haram
#dron
#Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan