awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 keluarga terjejas banjir kilat di Gelang Patah, Johor

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
24/12/2021
12:32 MYT
15 keluarga terjejas banjir kilat di Gelang Patah, Johor
Sebanyak 15 buah kekuarga terjejas ekoran banjir kilat yang melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor sejak 5 petang tadi. - Foto ihsan APM
JOHOR BAHRU: Sebanyak 15 buah kekuarga terjejas ekoran banjir kilat yang melanda Kampung Baru Muafakat, Gelang Patah, Johor sejak 5 petang tadi.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor Bahru, menerusi kenyataan berkata, banjir kilat dipercayai berlaku susulan hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi menyebabkan paras air meningkat di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan, belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa-mangsa tersebut.
Katanya, sehingga jam 7 petang, operasi menyelamat masih dijalankan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor di kawasan terbabit.
"Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat belum dapat dikenal pasti berikutan PPS masih belum dibuka untuk menempatkan mereka, dan operasi menyelamat juga masih dijalankan,
"Namun, dianggarkan sebanyak 30 buah kediaman melibatkan kira-kira 15 buah keluarga terjejas akibat banjir kilat tersebut.
"Bagaimanapun pihak APM akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa untuk memastikan tiada mangsa yang tertinggal," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, kejadian dikesan berpunca daripada sistem perparitan yang tersumbat berikutan masalah penyelenggaraan di kawasan tersebut, di samping dikenal pasti sebagai lokasi yang lazim berlakunya banjir kilat.
"Sepasukan anggota APM dikerahkan ke lokasi untuk membuat pemantauan sekaligus operasi menyelamat.
"Operasi masih lagi diteruskan pihak APM susulan cuaca yang masih hujan dikawasan berkenaan," katanya lagi.
Jelasnya, operasi disertai empat anggota APM dan dibantu dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain diperkasa dengan penglibatan seorang pegawai dan 10 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Gelang Patah
#Johor
#Kampung Baru Muafakat
#APM
#hujan lebat
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan