awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2026
16:06 MYT
Sultan Brunei jalani pembedahan lutut 18 Januari ini
Baginda Sultan Brunei akan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan di Jerudong Park Medical Centre. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dijadualkan menjalani rawatan kesihatan pada 18 Januari ini.
Kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, baginda akan menjalani prosedur pembedahan penggantian sendi lutut kanan di Jerudong Park Medical Centre.
Pembedahan tersebut akan diketuai oleh Profesor Andrew Freiberg, seorang Pakar Bedah Ortopedik dari Amerika Syarikat yang berpengalaman luas dalam pembedahan penggantian dan rekonstruktif sendi.
“Tempoh pemulihan selepas pembedahan dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga bulan, termasuk sesi fisioterapi yang diperlukan,” kenyataan itu menyebut.
Dalam tempoh rawatan dan pemulihan berkenaan, baginda akan bersemayam dan beristirahat, manakala keberangkatan Baginda ke majlis-majlis kenegaraan dan rasmi akan dihadkan buat sementara waktu.
Bagaimanapun, baginda akan terus menjalankan tugas-tugas rasmi sepanjang tempoh pemulihan tersebut, selaras dengan keperluan dan keadaan kesihatan baginda.
Topic Berkaitan
#Sultan Hassanal Bolkiah
#Brunei
#Pembedahan
#rekonstruktif sendi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan