awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 motosikal hangus

Sinar Harian
Sinar Harian
02/02/2023
00:15 MYT
15 motosikal hangus
Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya, di sini pagi Khamis. - Foto Sinar Harian
SEBERANG JAYA: Sebanyak 15 buah motosikal musnah dalam kebakaran yang berlaku di kawasan parkir Flat Tuna, Jalan Seberang Jaya, di sini pagi Khamis.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Perai bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba pasukan bomba mendapati sembilan buah motosikal musnah hampir keseluruhan manakala enam buah lagi terbakar 50 peratus.
"Kebakaran turut melibatkan sebuah stor penyimpanan peralatan sembahyang yang dibina berasingan dengan peratusan kemusnahan sebanyak 80 peratus.
"Kebakaran dapat dikawal pada jam 5 40 pagi dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, jurucakap berkenaan berkata, setakat ini siasatan lanjut masih dilakukan oleh pasukan forensik kebakaran bagi mengetahui punca kejadian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kebakaran
#motosikal
#kawasan parkir
#Flat Tuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan