JELI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan 15 individu penyerang yang diburu polis Thailand akan cuba memasuki negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Justeru, Abdul Hamid berkata pihaknya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperketatkan kawalan di semua sempadan negara Malaysia-Thailand bagi menghadapi kebarangkalian itu.
"Berhubung kawalan sempadan, kedua-dua pihak sama ada PDRM dan ATM sentiasa diingatkan supaya memperketatkan kawalan sempadan. Dengan kejadian yang berlaku di Thailand, kami tidak menolak kemungkinan mereka (15 penyerang) itu akan masuk (Malaysia)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dekat sini hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
Beliau mengulas laporan dua anggota renjer maut manakala seorang lagi rakan mereka parah dalam letupan bom paip dan insiden berbalas tembakan di kampung di Ra-ngae, Narathiwat yang terletak di selatan Thailand, Jumaat lepas.
Media melaporkan, Ketua Polis Ra-ngae, Piyapak Thongpanlertkun berkata dalam kejadian pada 6.50 pagi (waktu tempatan) itu, 16 anggota renjer yang sedang berehat di dalam khemah selepas melakukan rondaan di kawasan berkenaan dikejutkan dengan beberapa letupan, kemudian sekumpulan individu mula melontarkan bom paip buatan sendiri serta melepaskan tembakan ke arah khemah itu.
Dalam perkembangan lain, mengenai Ahli Parlimen Port Dickson merangkap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis, Abdul Hamid berkata ia merupakan prosedur biasa bagi menjalankan siasatan lanjut.
Semalam, polis telah merakam keterangan Anwar berhubung siasatan terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang antaranya menolak keputusan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh negara, pada Januari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021

Pasukan keselamatan Thai meningkatkan kawalan di sempadan susulan insiden dua anggota renjer maut manakala seorang lagi rakan mereka parah dalam letupan bom paip di kampung di Ra-ngae, Narathiwat. - Gambar fail

15 muka lama kekal anggotai jawatankuasa DAP N. Sembilan, Anthony Loke pertahan jawatan
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook berjaya mempertahankan jawatan sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang dipegang beliau sejak 2004.

UMNO bincang isu pemilihan parti dalam mesyuarat MT Ramadan nanti - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan mesyuarat MKT dijadualkan pada Ramadan nanti.

Pemergian Putera Phillip bakal 'satukan' semula William dan Harry
William dan Harry akan berjalan beriringan sewaktu Perarakan Diraja, mengiringi jasad Duke of Edinburgh di Istana Windsor, pada 17 April ini

Audio tular | Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin audio tular yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah sahih. Beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Sidang media khas tangkapan kartel daging
Ikuti secara langsung sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Bukan daging sahaja, kayu pun cuba diimport secara tidak sah ke negara ini
Tiga kontena yang membawa masuk 83.966 meter kubik (MTQ) muatan kayu itu ditahan dalam pemeriksaan rutin di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, jam 5.32 petang Sabtu.

Mayat lelaki rentung ditemui dalam ladang kelapa sawit
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dan masih memakai kasut jam 7.28 malam Sabtu oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Jenayah | Bukan jatuh, rupanya ditolak suami dari tingkat 18
Wanita yang disangka terjatuh dari tingkat 18 Kondominium Bukit Awana Jalan Bukit Kukus, George Town semalam rupanya ditolak oleh suaminya sendiri. Perkara itu disahkan oleh polis yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, susulan kejadian itu, polis telah menahan suami mangsa berusia 34 tahun.

Politik | Pas enggan dedah strategi PRU-15
Pas tidak akan mendedahkan kepada umum berkaitan strategi yang akan digunakan parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum ke-15 terutama melibatkan soal pembahagian kerusi.

RM3.5 bilion dadah yang dirampas dalam simpanan PDRM - Ketua Polis Negara
Nilai rampasan tersebut menunjukkan bahawa begitu ramai rakyat di negara ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Neelofa, PU Riz akan dipanggil polis sebaik sahaja pulang dari Langkawi - KPN
Pegawai penyiasat akan tanya Neelofa dan PU Riz tentang tujuan mereka di Langkawi dan adakah itu sebahagian daripada kegiatan perniagaan mereka.

Penubuhan Unit K9, mantapkan gerak kerja Polis Langkawi
PDRM ketika ini merancang menambahkan bilangan berkenaan dari semasa ke semasa dalam memantapkan kekuatan PDRM khususnya melibatkan unit K9.

Pulanglah Sajat, kamu bukannya hadapi kes berat di mahkamah - Ketua Polis Negara
Polis hairan dengan tindakan Sajat melarikan diri memandangkan dia tidak berdepan pertuduhan atau hukuman berat.

Rakyat Korea Utara masih berada di Malaysia ialah peserta MM2H - KPN
Daily NK mendakwa Korea Utara tidak memanggil pulang ratusan pekerja termasuk ejen rahsia Jabatan Perindustrian Pembekalan Senjata (MID) negara itu.

Individu kena kompaun RM10,000 belum kemuka rayuan
Individu yang dikenakan kompaun boleh membuat rayuan kepada pengarah dan timbalan pengarah kesihatan negeri.

"Anak buah sendiri pengkhianat" - KPN dedah 34 anggota penguat kuasa sekongkol dengan Geng Nicky
Beliau enggan mendedahkan agensi yang terlibat namun mengesahkan ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama bersekongkol dengan sindiket berkenaan.

Geng Nicky: Dua Datuk Seri, enam Datuk antara yang ditangkap
Antara pengarah yang dimaksudkan adalah adik kepada Nicky Liow dan rakannya yang mana kesemua mereka memakai gelaran Datuk Seri dan Datuk.

68 'geng' Datuk Seri Nicky Liow ditangkap - KPN
Kesemua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah pengubahan wang haram.

TI-M gesa kerajaan tambah baik PDRM
Presiden TI-M Muhammad Mohan berkata pembaharuan dalam pasukan itu perlu dilakukan secara dalaman mahupun luaran.n