Skip to main content

Politik

PRN Melaka: Bersama buru 15 peratus undi, intai saingan sengit PRU - Rafizi

Pencapaian 15 peratus mampu meletakkan BERSAMA pada kedudukan setanding dengan parti-parti yang sudah lama bertapak dalam politik negara, ujar Rafizi.
Pencapaian 15 peratus mampu meletakkan BERSAMA pada kedudukan setanding dengan parti-parti yang sudah lama bertapak dalam politik negara, ujar Rafizi.

Ringkasan AI

  • Parti BERSAMA Malaysia menyasarkan 15 peratus undi popular pada PRN Melaka sebagai penanda aras kekuatan parti menjelang PRU akan datang.
  • Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan sasaran itu penting untuk membuktikan Bersama mempunyai penyokong tersendiri walaupun bertanding secara solo.
  • Sasaran tersebut lebih tinggi berbanding tiga hingga enam peratus undi yang diperoleh Bersama ketika bertanding di Johor.
Advertisement

BATU BERENDAM: Parti BERSAMA Malaysia (Bersama) menyasarkan 15 peratus undi popular pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai penanda aras kekuatan parti itu menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pemimpinnya, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, sasaran itu penting bagi membuktikan Bersama mempunyai penyokong tersendiri meskipun bertanding secara solo.

Menurutnya, pencapaian tersebut mampu meletakkan Bersama pada kedudukan setanding dengan parti-parti yang sudah lama bertapak dalam politik negara.

Advertisement

"Kalau kita berjaya dapat 15 peratus undi daripada pengundi Melaka, itu mengesahkan bahawa Bersama sudah ada pengundi yang percaya dengan perjuangan dan landasan kita.

"(Peratusan) itu meletakkan Bersama pada momentum yang baik untuk bersaing dengan sengit dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang," katanya pada sidang media di Ruang Bersama Melaka, di sini hari ini.

Advertisement

Rafizi berkata, sasaran itu lebih tinggi berbanding lingkungan tiga hingga enam peratus undi yang menurutnya diperoleh BERSAMA ketika bertanding di Johor.

Bagaimanapun, beliau mengakui sukar meramalkan kecenderungan pengundi Melaka yang dilihat lebih berhati-hati dalam menyatakan pilihan politik mereka.

Katanya, pengundi atas pagar lebih terbuka untuk berinteraksi dengan jentera kempen, namun tidak semestinya mendedahkan parti yang bakal disokong.

Beliau turut berpandangan kerjasama politik di peringkat kepimpinan tidak semestinya diterima oleh semua penyokong parti di peringkat akar umbi.

Rafizi berkata, sambutan terhadap Bersama semakin baik selepas tiga hingga empat bulan berkempen, sekali gus meningkatkan semangat jentera parti.

Menurutnya, sekiranya sokongan itu dapat ditingkatkan dua hingga tiga kali ganda berbanding Johor, Bersama berpotensi menjadi pencabar kepada gabungan utama pada PRU akan datang.

Must Watch Video

Advertisement