awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 tahun Malaysia kurang beri perhatian kepada Afrika - Dr Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/01/2019
21:27 MYT
15 tahun Malaysia kurang beri perhatian kepada Afrika - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkongsi pengalaman mentadbir negara bersama pemimpin-pemimpin Afrika pada ICEA 2019 di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdou Diouf Diamniadio, Dakar, Senegal, 17 Jan 2019. --fotoBERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui, selama hampir 15 tahun, Malaysia kurang memberi perhatian terhadap negara-negara Afrika.
Sedangkan, jelas beliau, benua tersebut mempunyai pelbagai sumber yang boleh diteroka oleh pelabur-pelabur dari Malaysia dalam meningkatkan pasaran serta peluang perdagangan.
“Mereka sudah maju ke hadapan. Dan, ramai dari Eropah, dan sekarang ini daripada China dan Turki, menunjuk minat untuk mengadakan hubungan dagang dan pelaburan di Afrika.
“Ini menunjukkan bahawa benua ini juga mempunyai potensi yang banyak," katanya kepada media pada Persidangan Antarabangsa Kemunculan Afrika ke-3 (ICEA 2019) di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdou Diouf Diamniadio di sini pada Khamis.
"Namun, kita mestilah berusaha untuk kenal pasti keperluan-keperluan Afrika dan juga mengenal pasti barangan dari Afrika yang boleh kita import dan barangan Malaysia yang boleh kita jual di sini,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau sedia untuk meneruskan beberapa persidangan antarabangsa melibatkan negara-negara Afrika seperti Dialog Antarabangsa Langkawi dan South-South Cooperation.
“Kalau mereka (pemimpin negara-negara Afrika) mempunyai minat dan keinginan, kita boleh hidupkan semula segala badan-badan yang kita tubuh dahulu seperti South-South Cooperation, Dialog Antarabangsa Langkawi dan sebagainya.
“Ini kerana, ia boleh mendatangkan kebaikan kepada kita,” jelasnya.
Namun, tegas beliau, kerajaan Malaysia ketika ini sedang memfokuskan kepada usaha memperbaiki keadaan dalam negara dan tidak mempunyai banyak masa untuk membangunkan semula semua badan-badan tersebut.
Topic Berkaitan
#Afrika
#badan antarabangsa
#ICEA 2019
#Mahathir Mohamad
#negara Afrika
#pelaburan
#perdagangan
#perhatian
#sumber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan