KUALA LUMPUR: Sebanyak 150 lagi klinik perubatan am swasta (GP) akan beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), bermula esok.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth), Dr Anas Alam Faizli berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan klinik swasta yang beroperasi sebagai PPV sebanyak 850 klinik dalam fasa dua dan tiga PICK sehingga kini.
Jelas Dr Anas, setakat ini sekurang-kurang 200 GP telah meningkatkan pemberian vaksin daripada 30 dos kepada 50 dos sehari.
"Kita mahu tambah kapasiti dan tambah bilangan klinik swasta yang terlibat. Sekarang klinik swasta melakukan 30 dos (sehari) dalam tempoh tiga kali seminggu.
"Sekarang kita nak tambah lima hari dan 50 dos sehari, menjadikan (jumlah keseluruhan pemberian vaksin) 250 dos seminggu," katanya ketika ditemui Astro AWANI di PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Dr Anas berkata beberapa PPV Industri (PPVIN) dijadual dibuka pada minggu hadapan untuk sektor ekonomi kritikal di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI); Kementerian Pengangkutan (MOT); dan Kementerian Kerja Raya.
Ia melibatkan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Sarawak.
Sementara itu, PPV MAHSA Universiti dan PPV Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang juga dijadualkan mula beroperasi pada Isnin (esok), tambahnya.
"Jadi dua hari lepas kita lihat kita capai 268,000 dos sehari. Maka, peningkatan kapasiti penting jika kita mahu mencapai peratusan (penduduk) yang telah divaksinasi dengan kadar segera.
"Oleh itu, kita perlu meningkatkan penyertaan pengamal perubatan swasta, perlu membuka lebih banyak klinik swasta, hospital swasta dan PPV integrasi yang lain," katanya lagi.
BACA: COVID-19: ProtectHealth galak lebih banyak fasiliti perubatan swasta sertai PICK
Ditanya mengenai inisiatif bersama Selgate Healthcare Sdn Bhd (Selgate) pula, Dr Anas berkata ProtectHealth kekal memberikan vaksinasi secara percuma kepada rakyat di bawah PICK.
"Jika Selgate mempunyai kaedah lain untuk mendapatkan vaksin yang bukan dibeli oleh kerajaan, ProtectHealth tidak terlibat program Selgate itu. Mereka membeli vaksin sendiri, bukan dari kerajaan Pusat dan mengenakan bayaran kepada penerima," katanya.
ProtectHealth yang merupakan anak syarikat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berperanan mendaftar, melatih, memantau kualiti dan analisis program suntikan vaksin.
Sementara, Selgate adalah anak syarikat kerajaan Selangor yang diberi mandat untuk melaksanakan Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) sebagai langkah sokongan kepada PICK.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 27 2021
Jelas Dr Anas, setakat ini sekurang-kurang 200 GP telah meningkatkan pemberian vaksin daripada 30 dos kepada 50 dos sehari - Gambar ihsan Dr Anas Alam Faizli
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Dewan Rakyat: RM78.73 juta dibelanja untuk Skim Perubatan MADANI setakat ini
Dengan anggaran perbelanjaan ini, peruntukan untuk skim berkenaan yang dilancarkan pada 15 Jun lepas, dijangka habis digunakan menjelang April ini.
Skim Perubatan Madani kini tertumpu di 10 daerah sahaja
Skim Perubatan Madani hanya tertumpu kepada 10 daerah terpilih dan penerima tertentu sahaja berkuat kuasa mulai 26 Februari 2024.
Warga emas dengan komorbiditi dinasihat ambil suntikan dos penggalak kedua - ProtectHealth
Individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksinasi COVID-19.
ProtectHealth, Teraju tandatangani MoU promosikan kesedaran PeKa B40
Sehingga kini hanya 567,956 orang daripada kumpulan B40 telah menyertai dalam program itu.
COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19
Individu yang telah divaksinasi dan pulih daripada COVID-19 digesa mengambil suntikan dos penggalak mereka dengan segera.
PICKids: PPS bawah ProtectHealth bersedia, lebih 28 PPV offsite beroperasi mulai 5 Feb
Inisiatif untuk memastikan PPS di bawah ProtectHealth dapat memberikan perkhidmatan terbaik dalam menjayakan PICKids yang bermula di Lembah Klang.
ProtectHealth akan memaksimakan pelaksanaan PICKids melalui penyertaan swasta
ProtectHealth akan memastikan bahawa semua PPV di bawah ProtectHealth, termasuk PPV Integrasi, PPV Offsite dan PPV Hospital Swasta terpilih akan bersedia sepenuhnya.
ProtectHealth terima dua anugerah berprestij
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) terpilih untuk menerima dua anugerah.
ProtectHealth bantu perkukuh sistem kesihatan negara
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd menerusi beberapa inisiatif telah tampil sebagai platform yang dilihat mampu memperkasakan lagi sistem kesihatan negara.
Dos penggalak COVID-19: Daftar nama di satu PPV swasta sahaja
Individu yang layak menerima suntikan dos penggalak COVID-19 disaran untuk mendaftar nama dalam senarai menunggu di satu pusat pemberian vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta sahaja.