awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

152 pelajar keracunan makanan, kantin SM Sains Tuanku Aishah Rohani diarah tutup

Bernama
Bernama
23/11/2021
11:38 MYT
152 pelajar keracunan makanan, kantin SM Sains Tuanku Aishah Rohani diarah tutup
152 pelajar mengalami gejala keracunan makanan termasuk muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas makan di kantin sekolah itu semalam. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Kantin Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Aishah Rohani, di sini, diarah tutup susulan 152 pelajarnya mengalami gejala keracunan makanan termasuk muntah, sakit perut dan cirit-birit selepas makan di situ, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S.Veerapan berkata pelajar berkenaan telah dibawa ke hospital berdekatan serta-merta bagi menerima rawatan dan kesemua kes adalah stabil selain tiada kemasukan ke wad.
Katanya penutupan tempat penyediaan makanan itu dibuat di bawah Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengelakkan berlakunya pertambahan kes baharu daripada punca premis yang sama.
"Pemeriksaan premis dan aktiviti persampelan juga telah dijalankan. Sampel klinikal daripada kes-kes, makanan dan persekitaran dihantar ke makmal untuk dianalisis selain pemantauan wabak akan dilakukan sehingga situasi stabil.
"Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian keracunan makanan ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata taklimat kesihatan telah diberikan kepada semua pelajar terlibat, pengusaha dan semua pengendali makanan di dapur asrama tersebut dengan keadaan semasa adalah terkawal.
Menurut Veerapan semalam Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) menerima laporan 152 daripada 597 pelajar yang terdedah iaitu dengan kadar serangan 25.5 peratus, dipercayai mengalami keracunan makanan dengan gejala utama sakit perut, loya, sakit kepala, muntah dan demam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#SM Sains Tuanku Aishah Rohani
#Sakit perut
#cirit birit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan