KUALA TERENGGANU: Seramai 152 penari cilik Tunas Kumpulan Pemuzik dan Penari Tetap Negeri Terengganu (Suktra) hari ini melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Bilangan Pelajar Paling Ramai Dalam Tarian Gamelan Melayu.
Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata tarian berdurasi kira-kira lapan minit itu disertai murid-murid berumur lapan hingga 12 tahun dari 13 buah sekolah terpilih di seluruh negeri.
Beliau berkata mereka mendapat bimbingan kira-kira 18 jurulatih daripada Jabatan Pelancongan Terengganu dan sesi latihan telah bermula setahun lepas.
"Kalau ikutkan kita ada lebih 300 penari cilik di lebih 20 buah sekolah namun tidak semua yang kita 'keluarkan' pada hari ini.
"Hasrat kita dalam mencipta rekod di Malaysia Book of Records ini adalah bagi memastikan seni muzik dan tarian gamelan Melayu bukan sahaja tidak akan pupus, malah kita hendak pastikan ia berkembang ke peringkat negara dan seantero dunia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang Se-Abad Gema Gemalai Gamelan Melayu-Senandung Terengganu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini hari ini.
Pada majlis itu para penari cilik Tunas Suktra mempersembahkan tarian gamelan bertajuk 'Ketam Renjong' selama lebih kurang lapan minit dengan diiringi 17 pemuzik.
Sejurus selepas persembahan tersebut, Ahmad Ridzwan menerima Sijil Anugerah MBOR daripada wakil MBOR Nazrul Hafizi.
Majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Ahmad Ridzwan (baju biru) menghadiri Majlis Minum Petang Se-Abad Gema Gemalai Gamelan Melayu-Senandung Terengganu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam hari ini. - Gambar Bernama
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
152 penari cilik gamelan di Terengganu catat rekod MBOR
Seramai 152 penari cilik Suktra hari ini melakar nama dalam MBOR sebagai Bilangan Pelajar Paling Ramai Dalam Tarian Gamelan Melayu.