KUALA TERENGGANU: Seramai 152 penari cilik Tunas Kumpulan Pemuzik dan Penari Tetap Negeri Terengganu (Suktra) hari ini melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Bilangan Pelajar Paling Ramai Dalam Tarian Gamelan Melayu.
Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata tarian berdurasi kira-kira lapan minit itu disertai murid-murid berumur lapan hingga 12 tahun dari 13 buah sekolah terpilih di seluruh negeri.
Beliau berkata mereka mendapat bimbingan kira-kira 18 jurulatih daripada Jabatan Pelancongan Terengganu dan sesi latihan telah bermula setahun lepas.
"Kalau ikutkan kita ada lebih 300 penari cilik di lebih 20 buah sekolah namun tidak semua yang kita 'keluarkan' pada hari ini.
"Hasrat kita dalam mencipta rekod di Malaysia Book of Records ini adalah bagi memastikan seni muzik dan tarian gamelan Melayu bukan sahaja tidak akan pupus, malah kita hendak pastikan ia berkembang ke peringkat negara dan seantero dunia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Minum Petang Se-Abad Gema Gemalai Gamelan Melayu-Senandung Terengganu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini hari ini.
Pada majlis itu para penari cilik Tunas Suktra mempersembahkan tarian gamelan bertajuk 'Ketam Renjong' selama lebih kurang lapan minit dengan diiringi 17 pemuzik.
Sejurus selepas persembahan tersebut, Ahmad Ridzwan menerima Sijil Anugerah MBOR daripada wakil MBOR Nazrul Hafizi.
Majlis turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Ahmad Ridzwan (baju biru) menghadiri Majlis Minum Petang Se-Abad Gema Gemalai Gamelan Melayu-Senandung Terengganu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam hari ini. - Gambar Bernama
Sudirman wajar diberi pengiktirafan lebih besar - Sahabat
Tarikh 25 Mei ini sangat penting dalam sejarah muzik negara untuk diabadikan, kerana pada hari itulah lahirnya Allahyarham Sudirman.
Suara Rakyat: Bayar ansuran rumah sejak 2008 rumah masih terbengkalai
Seramai 70 orang pembeli rumah di Taman Khazanah Indah dekat Lahad Datu terpaksa menanggung bayaran ansuran bulanan rumah sejak 2008 namun rumah mereka masih terbengkalai.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Pengerusi Persatuan Pembeli Taman Khazanah Indah, Sultan Abdullah berkata pihaknya meminta pihak kerajaan untuk campur tangan.
Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense.
HAWANA 2024: Penubuhan GKMM pamer pencapaian signifikan
Penubuhan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) membabitkan 14 kelab media seluruh Malaysia, amat signifikan dengan sambutan HAWANA yang bertujuan mengiktiraf peranan dan tanggungjawab profesion wartawan.
Carian Google AI Overview untuk topik tertentu dimatikan kerana terlalu banyak silap
Minggu ini, AI Overview mula menawarkan jawapan yang penuh kesilapan, antaranya, mengatakan Barack Obama beragama Islam.
AWANI-RareTV: Mengembara ke perut glasier terbesar di Eropah
Suasana yang luar biasa menakjubkan! Tapi untuk masuk ke alam air batu ini, persediaan harus cukup.
Peluang Malaysia akhiri kemarau 33 tahun
Skuad negara akan berentap dengan musuh tradisi itu pada final Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur jam 3 petang ini.
Zii Jia tak sabar nak jumpa Axelsen
Pemain di ranking nombor 10 dunia itu juga mengisytiharkan dirinya cergas untuk beraksi petang ini selepas mengalami kecederaan pada Jumaat.
Hasrat Pas tanding kerusi Bersatu akan dibawa ke mesyuarat PN
Ronald Kiandee berkata, mesyuarat kepimpinan tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat.
Plymouth Argyle pertaruh magis Rooney
Rooney menggantikan Ian Foster yang dipecat pada April selepas hanya tiga bulan memegang jawatan itu.
152 penari cilik gamelan di Terengganu catat rekod MBOR
Seramai 152 penari cilik Suktra hari ini melakar nama dalam MBOR sebagai Bilangan Pelajar Paling Ramai Dalam Tarian Gamelan Melayu.