awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika

Amanz
Amanz
26/05/2024
02:30 MYT
Penerbit Call of Duty, Meta disaman ibu bapa mangsa serangan bersenjata di Amerika
Activision Blizzard, Microsoft, Meta dan Daniel Defense disaman ibu bapa yang kehilangan anak dalam serangan bersenjata di Uvalde, Texas pada 2022. - Gambar fail/REUTERS
ACTIVISION Blizzard, Microsoft, Meta dan Daniel Defense pada Sabtu disaman oleh dua ibu bapa yang kehilangan anak mereka dalam serangan bersenjata di Uvalde, Texas.
Dalam serangan yang berlaku di Robb Elementary School pada 24 Mei 2022, seramai 19 pelajar dan 2 guru meninggal dunia ditembak oleh Salvador Ramos yang merupakan seorang bekas pelajar.
Dalam writ saman yang difailkan, Activision Blizzard disaman kerana menerbitkan permainan video Call of Duty (COD) yang didakwa digunakan untuk mengiklankan senjata Daniel Defense yang digunakan dalam serangan.
Meta pula didakwa tidak mengawal kandungan pengiklanan yang mendedahkan remaja lelaki kepada senjata.
Akhir sekali, Microsoft turut terpalit kerana mereka kini memiliki Activision Blizzard.
Foto Amanz
Foto Amanz
Salvador Ramos ialah seorang peminat permainan COD dan menggunakan Instagram yang digunakan Daniel Defense untuk mengiklankan produk mereka. Ini bukan kali pertama permainan video dipersalahkan selepas berlakunya serangan ke atas sekolah.
Selepas insiden serangan di Columbine pada tahun 1999, permainan video Doom dan muzik Marilyn Manson dipersalahkan kerana didakwa menjadikan Eric Harris dan Dylan Klebold ganas sehingga menyerang sekolah. Seramai 12 pelajar dan seorang guru meninggal dunia di Columbine yang dilihat sebagai pemula epidemik insiden tembak menembak massal di sekolah Amerika Syarikat.
Sumber: Reuters
Topic Berkaitan
#Activision Blizzard
#permainan video
#call of duty
#serangan bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan