Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 156 individu atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) setakat 18 Mei 2020, ujar Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Katanya lagi, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 69,797
pemeriksaan pada Ahad bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPB di seluruh negara.
"Sebanyak 4,914 pasar raya, 5,044 restoran, 8,004 penjaja dan 1,109 kilang serta 3,354 bank telah diperiksa.
"Pemeriksaan juga telah dibuat di 1,091 terminal pengangkutan darat, 190 terminal pengangkutan air dan 90 terminal pengangkutan udara," katanya semasa sidang media hariannya pada Isnin.
Selain itu katanya, pihak berkuasa juga telah memeriksa sebanyak 24,639 buah kenderaan persendirian, 2130 kenderaan awam dan 402 vessel.
"Turut diperiksa adalah 2,474 pasar awam, 4,048 tempat ibadah, 1,349 tempat riadah dan 391 tapak binaan.
"Sebanyak 3,498 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 18,856 anggota.
"Turut menyertai pemantauan semalam adalah Agensi Pengangkutan Awam Darat APAD," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 6,548 operasi sanitasi termasuk di 78 Zon Kuning dan Merah. Sebanyak 10,157 premis Kerajaan, premis perniagaan dan kawasan awam telah disanitasi.
Sebanyak 57 operasi sanitasi meliputi 21 Zon Merah dan Kuning di 14 buah negeri, termasuk 14 operasi di Johor, 13 operasi di Sabah, 7 operasi di Kedah dan 5 operasi di Melaka.