awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
18/04/2021
10:50 MYT
158 individu ditahan ingkar SOP PKP - Ismail Sabri
Seramai 131 individu dikompaun manakala 27 lagi direman kerana ingkar SOP PKP pada Sabtu. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 158 individu ditahan pada Sabtu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu seramai 131 individu dikompaun manakala 27 lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (49), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (31), tidak memakai pelitup muka (17), aktiviti pusat hiburan (tujuh), lain-lain (54)," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Tambah Ismail, Task Force Operasi Pematuhan pula telah membuat 63,809 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.
"Seramai 3,317 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,788 anggota telah membuat pemantauan di 4,473 pasar raya, restoran (5,109), kilang (1,944), bank (3,882), pejabat kerajaan (773) dan penjaja (4,317).
"Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,220), tempat ibadah (3,469), tempat riadah (1,727), terminal pengangkutan darat (1,375), terminal pengangkutan air (376) dan terminal pengangkutan udara (115)," ujar Ismail.
Dalam perkembangan berkaitan, tambah Ismail, sebanyak lapan buah kenderaan darat dipercayai digunakan oleh pendatang tanpa izin (PATI) dirampas pihak berkuasa dalamn Operasi Benteng.
Jelasnya, 10 orang PATI turut diusir anggota keselamatan pada Sabtu.
"Selain itu, sebanyak 97 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#SOP
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#bank
#keselamatan
#hiburan
#menteri
#operasi
#ditahan
#ingkar SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan