awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16,380 dos vaksin fasa pertama tiba di Sabah

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
25/02/2021
06:04 MYT
16,380 dos vaksin fasa pertama tiba di Sabah
Seramai 42,117 petugas barisan hadapan di seluruh Sabah akan menerima vaksin fasa pertama Program Vaksinasi COVID-19. - Foto Astro AWANI.
KOTA KINABALU: Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNtech bagi Sabah selamat tiba dengan pesawat khas di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis.
Pesawat kargo Raya Airways B767-223 yang membawa 16,380 dos vaksin COVID-19 itu mendarat pada pukul 12.42 tengah hari.
Kesemua 16,380 dos itu akan diagihkan ke lima Pusat Simpanan Vaksin (PSV) antaranya, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Hospital Tentera Laut Diraja Malaysia dan Hospital Keningau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga menteri penyelaras COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kesejahteraan Rakyat dan Pembangunan Masyarakat Ir Shahelmey Yahya dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi bersama-sama menyaksikan detik bersejarah itu.
Sebaik sahaja mendarat, proses pemindahan vaksin yang ditempatkan dalam peranti muatan unit (ULD) dari bahagian kargo pesawat ke trak milik sebuah syarikat logistik, DHL Express berlangsung di Terminal 2, KKIA.
Tiga buah lori dan tiga van digunakan bagi penghantaran vaksin terbabit yang dijadualkan pada Khamis.
Lima lagi penghantaran vaksin ke negeri ini dijangka dilakukan secara berperingkat bermula Mac depan.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dijangka menerima suntikan vaksin COVID-19 selepas Pelancaran Vaksinasi COVID-19 peringkat negeri pada 4 Mac 2021.
Seramai 42,117 petugas barisan hadapan di seluruh Sabah akan menerima vaksin fasa pertama Program Vaksinasi COVID-19.
Topic Berkaitan
#Vaksin Sabah
#Masidi Manjun
#Kota Kinabalu
#Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah
#KKIA
#Raya Airways
#vaksin COVID-19
#Hospital Keningau
#Sabah
#Keningau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan