awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL

Bernama
Bernama
28/03/2024
22:30 MYT
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Sebanyak 16 buah kereta dan tiga buah rumah di sekitar Kuala Lumpur rosak teruk akibat ditimpa pokok susulan hujan lebat dan angin kencang petang Khamis. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 buah kereta dan tiga buah rumah di sekitar ibu kota rosak teruk akibat ditimpa pokok susulan hujan lebat dan angin kencang petang semalam (Khamis).
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Katanya, hujan lebat dan angin kencang selama sejam pada 6 petang itu menyebabkan kejadian pokok tumbang di Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran Sekolah Sukan Bukit Jalil yang menyebabkan kerosakan lima buah kereta serta di Taman Tasik Damai yang mengakibatkan kerosakan dua buah kereta.
Menurutnya, kejadian pokok tumbang juga berlaku di Jalan Radin dan Jalan Radin Anum di Sri Petaling yang mengakibatkan kerosakan tiga buah kereta manakala dua buah kereta lagi rosak terkena khemah peniaga yang diterbangkan angin.
"Dalam kejadian pokok tumbang di Taman Gembira, Jalan Kuchai Lama telah merosakkan dua buah kereta manakala kejadian sama di Jalan Jalil Jaya, Bukit Jalil menyebabkan dua buah kereta rosak," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, kejadian pokok tumbang juga menyebabkan kerosakan dua buah rumah di Bandar Baru Sri Petaling dan sebuah rumah di Taman Salak Selatan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#16 kereta rosak
#angin kencang
#Pokok tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan