awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan Agung UMNO: Tiada usul keluar Kerajaan Perpaduan diterima - Asyraf Wajdi
Tiada surat peletakan jawatan Akmal Saleh diterima - Asyraf Wajdi
Bruno Mars umum album solo baharu ‘The Romantic’, jelajah dunia bermula April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 nelayan Vietnam ditahan APMM

Bernama
Bernama
23/01/2021
20:43 MYT
16 nelayan Vietnam ditahan APMM
Muhammad Suffi meminta masyarakat terutama nelayan tempatan untuk melaporkan sebarang maklumat dan salah laku di perairan negara. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan 16 nelayan Vietnam dan dua buah bot yang dinaiki mereka untuk menceroboh serta mengambil hasil laut di perairan Terengganu.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata anggota APMM yang membuat rondaan menggunakan Kapal Maritim (KM) Langkawi berjaya menahan mereka pada jarak 93 dan 118 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu kira-kira pukul 4 petang, pada Jumaat.
"Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua bot tersebut mendapati seramai 16 kru termasuk tekong berumur 18 hingga 62 tahun tidak mempunyai sebarang sebarang dokumen pengenalan yang sah serta tidak mempunyai lesen untuk memungut hasil laut di perairan negara.
"Turut dirampas dua buah bot, peralatan menangkap ikan, hasil tangkapan dan bekalan diesel yang mana jumlah keseluruhanya dianggarkan bernilai RM3 juta. Mereka juga disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Muhammad Suffi berkata kesemua bot dan kru telah dibawa ke jeti Pusat Tahanan Vesel, Kuala Terengganu bagi proses penahanan dan ujian saringan COVID-19 dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
"APMM akan terus melaksanakan rondaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah bermula sejak Jumaat di Terengganu bagi menjamin keselamatan perairan negara dan mencegah sebarang kesalahan di perairan negara," katanya.
BACA: 27 nelayan Vietnam bersama dua tekong diberkas di perairan Kemaman
BACA: Nelayan Vietnam maut ditembak anggota APMM
Beliau turut meminta masyarakat terutama nelayan tempatan untuk melaporkan sebarang maklumat dan salah laku di perairan negara dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 09-6224357.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#Vietnam
#Muhammad Suffi Mohd Ramli
#Pusat Tahanan Vesel
#Kuala Terengganu
#PKP
#nelayan
#bot
#lesen
#dokumen pengenalan
#hasil laut
#perairan
#nombor pendaftaran palsu
#diesel
#rondaan
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan