awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 tan lemak babi dari Belanda dirampas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
22/08/2020
10:18 MYT
16 tan lemak babi dari Belanda dirampas
Menurut MAQIS, rampasan itu dibuat selepas pihaknya mendapati produk dagangan itu tidak mematuhi syarat import sepertimana yang dinyatakan pada permit import MAQIS. - Foto ihsan MAQIS
Cubaan sebuah syarikat pengimport membawa masuk 16 tan lemak babi dari Belanda gagal selepas ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang.
Dalam pemeriksaan rutin di pintu masuk Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang jam 9 malam Isnin lepas, sebanyak 16,200 kilogram lemak babi bernilai RM110,456.37 telah disita untuk tindakan lanjut.
Menurut jurucakap MAQIS, rampasan itu dibuat selepas pihaknya mendapati produk dagangan itu tidak mematuhi syarat import sepertimana yang dinyatakan pada permit import MAQIS.
"Pemeriksaan pihak MAQIS mendapati tiada nama dan alamat loji dinyatakan pada label pembungkusan tersebut.
"Siasatan mendapati lemak babi itu dibawa masuk ke negara ini dipercayai untuk bahan pembuatan biskut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta728).
Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau keduanya sekali di bawah Seksyen 15(2) Akta yang sama.
Topic Berkaitan
#Belanda
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#lemak babi
#maqis
#NBCT
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan