awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

160 petugas haji berlepas ke tanah suci

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
14/05/2023
03:55 MYT
160 petugas haji berlepas ke tanah suci
Secara keseluruhan, seramai 670 petugas haji akan digerakkan ke Arab Saudi untuk menjalankan operasi haji tahun ini.- Foto / Reuters
KUALA LUMPUR: Seramai 160 petugas Lembaga Tabung Haji (TH) Musim Haji 1444H/2023M berlepas ke tanah suci hari ini sebagai persediaan awal bagi menyantuni jemaah haji dari Malaysia.
Antara kumpulan yang berangkat pada hari ini termasuklah petugas kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar dan wakil media.
Keberangkatan semua petugas dilakukan secara berperingkat melalui beberapa siri penerbangan sepanjang fasa pertama operasi haji tahun ini.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan seramai 670 petugas haji akan digerakkan ke Arab Saudi untuk menjalankan operasi haji tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, 340 orang adalah petugas kebajikan, perubatan (296), dan selebihnya adalah daripada agensi luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil media.
"Kumpulan pertama yang terdiri daripada 16 petugas perubatan dan petugas teknologi maklumat (IT) telah berlepas pada haji Jumaat, 12 Mei lalu dan akan disusuli dengan tiga kumpulan besar pada hari ini (14 Mei), 18 Mei, dan 20 Mei 2023," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Penerbangan pertama bagi jemaah haji negara adalah pada 21 Mei 2023, manakala penerbangan pulang terakhir adalah pada pada 1 Ogos 2023.
Sebanyak 98 penerbangan sewa khas akan digunakan untuk membawa semua jemaah haji Malaysia, yang melibatkan penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia.
Sementara itu, lapan stesen berlepas akan digunakan untuk jemaah haji di seluruh Malaysia bagi urusan melapor diri.
Antara stesen berlepas termasuklah di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kedah, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#petugas haji
#musim haji 2023
#petugas berlepas ke Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan