KUALA LUMPUR: Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata harga istimewa itu ditawarkan oleh semua syarikat penerbangan dalam negara untuk tempoh perjalanan pada 27, 28 dan 29 Mei ke Sabah manakala 29, 30 dan 31 Mei ke Sarawak.
"Pengguna masih boleh membeli tiket pada harga yang lebih rendah sekiranya harga tiket asal tersebut kurang daripada RM300.
"Kerajaan beli (sebanyak 17,708 tiket) daripada syarikat-syarikat penerbangan dan kita jual semua pada harga diskaun iaitu maksimum RM300," katanya pada sidang media selepas melepas Majlis Hari Raya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di Stesen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Loke, projek rintis itu bertujuan menyelesaikan masalah harga tiket penerbangan yang mahal ketika musim perayaan dan sekiranya berjaya, ia akan dibentangkan kepada Kabinet agar boleh dijadikan inisiatif berterusan.
Loke berkata harga maksimum itu tidak termasuk cukai dan fi namun dengan pembelian tiket berkenaan pengguna akan dilindungi mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).
Beliau berkata anggaran keseluruhan bagi bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak sepanjang tempoh penawaran adalah antara RM5.8 juta hingga RM11.4 juta.
Menurut Loke berikutan tiket penerbangan laluan Johor Bahru-Sibu bagi tempoh tiga hari sebelum perayaan Hari Gawai habis dijual, syarikat Batik Air akan menyediakan perkhidmatan penerbangan carter dengan kekerapan sekali sehari pada 29, 30 dan 31 Mei.
Sementara itu, Loke berkata sebanyak 10,744 tiket perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan 499,323 tiket KTM Intercity terjual sehingga 9 malam semalam daripada 4.4 juta tiket yang ditawarkan bagi perjalanan Julai sehingga Disember 2023.
Katanya jualan tiket yang bermula 15 Mei lepas itu juga melibatkan tarikh hari perayaan negara seperti Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Deepavali, Krismas selain cuti sekolah.
"(Sebanyak) 2,043 tiket bagi dua perkhidmatan ETS tambahan untuk laluan KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya untuk perjalanan 26 Mei hingga 5 Jun sempena cuti sekolah penggal pertama dan cuti umum juga telah terjual.
"Ini membuktikan rakyat Malaysia menggunakan serta menghargai pengangkutan awam yang disediakan kerajaan, terutama perkhidmatan yang disediakan KTMB yang selamat dan selesa untuk ke destinasi masing-masing," katanya yang turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa merancang perjalanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika sidang media pada Majlis Jamuan Raya Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 2023 di Stesen Keretapi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kerajaan perlu bentang Blueprint Social Safety Net Policy - Khairil Nizam
Kerajaan dicadangkan agar membentangkan Blueprint Social Safety Net Policy yang lebih komprehensif agar dapat menjamin kehidupan rakyat.
17,708 tiket penerbangan sehala ke Sabah, Sarawak ditawar pada harga maksimum RM300 - Loke
Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
7 perkara penting dalam sidang media Menteri Pengangkutan berhubung harga tiket kapal terbang
Berikut adalah senarai senarai tujuh fakta menarik mengenai kenyataan Anthony Loke mengenai aplikasi tiket penerbangan yang digunakan oleh Ka Siong.
Lebih 30 peratus harga tiket kapal terbang telah diturunkan - KSU MOT
Lebih 30 peratus harga tiket penerbangan telah diturunkan susulan kesediaan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk bertolak ansur menurunkan kadar harganya pada musim perayaan.