awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 kes diskriminasi terhadap penghidap HIV-Aids dilaporkan pada 2013

Marlina Manaf
Marlina Manaf
26/06/2014
02:56 MYT
17 kes diskriminasi terhadap penghidap HIV-Aids dilaporkan pada 2013
Diskriminasi dalam pendidikan, diskriminasi berhubung akses terhadap ubat-ubatan dan diskriminasi dalam sektor pekerjaan - Gambar Hiasan
Di sebalik kesedaran yang semakin meningkat kalangan masyarakat berkenaan virus HIV-Aids, kes diskriminasi terhadap penghidap virus itu masih berlaku.
Laporan Mitigasi berkenaan HIV dan Hak Asasi 2013, yang dilancarkan Majlis Aids Malaysia (MAC) mendedahkan sejumlah 17 kes diskriminasi dilaporkan tahuh lalu.
Ia melibatkan diskriminasi dalam pendidikan, diskriminasi berhubung akses terhadap ubat-ubatan dan diskriminasi dalam sektor pekerjaan.
Salah satu kes yang dilaporkan kepada MAC melibatkan penahanan Diploma oleh pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) atas alasan penerima tidak memenuhi keperluan mengisi borang menggambarkan bagaimana dia mendapat jangkitan HIV.
Diskriminasi pendidikan terhadap penghidap HIV-Aids juga menyaksikan mereka dinafikan hak untuk mendapat biasiswa.
"Stigma dan diskriminasi terhadap mereka yang hidup dengan HIV tidak akan boleh membantu menghapuskan HIV di Malaysia," kata Presiden MAC Datuk Dr Raj Karim.
Dr Raj juga mendakwa pengguna dadah yang merupakan populasi terbesar menghidap HIV, menjadi mangsa pencabulan hak asasi manusia oleh penguatkuasa undang-undang.
Sehubungan itu, Dr Raj menegaskan MAC kekal komited untuk mengatasi isu diskriminasi serta halangan kepada pesakit HIV untuk mendapat akses kepada rawatan anti retroviral, khidmat kesihatan awam dan lain-lain.
MAC juga akan terus melaksanakan kerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan dan agensi kerajaan untuk memperbaiki situasi tersebut.
Pada majlis pelancaran itu, MAC turut melancarkan kempen 'Support Don't Punish', satu inisiatif global untuk meningkatkan kesedaran berhubung kesan tindakan menjenayahkan mereka yang menggunakan dadah dan mempromosikan pendekatan lebih mesra dan berkesan berdasarkan aspek kesihatan awam dan hak asasi manusia.
Topic Berkaitan
#Dr Raj Karim
#HIV-Aids
#MAC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan