awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YouTube perkenal kemas kini pengurusan kandungan, tetapan video lebih ringkas
Pakai 'Mankini' tiru watak Borat, tiga penyokong Club Brugge dipenjara di Kazakhstan
Rasmi – Perniagaan TikTok Amerika Syarikat dijual, entiti baharu ditubuhkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1.74 juta rakyat terima manfaat RM1.25 bilion mySalam

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
17/08/2025
03:15 MYT
1.74 juta rakyat terima manfaat RM1.25 bilion mySalam
Selain manfaat tunai perlindungan kesihatan, skim ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran kewangan dan pengurusan risiko dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah. - Foto Facebook/Fadillah Yusof
KUCHING: Skim perlindungan Takaful Nasional untuk komuniti (mySalam) telah menyalurkan manfaat tuntutan berjumlah RM1.25 bilion kepada seramai 1.7 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada skim berkenaan.

Ringkasan AI
  • Skim mySalam salur RM1.25 bilion manfaat tuntutan kepada 1.7 juta rakyat termasuk di Sarawak, bukti keprihatinan kerajaan terhadap golongan B40.
  • Manfaat termasuk bayaran tunai sehingga RM8,000 bagi penyakit kritikal dan elaun RM50 sehari ketika dimasukkan ke hospital.
  • Fadillah Yusof seru rakyat semak kelayakan, program ini bukan sekadar bantuan - ia juga tingkat kesedaran kewangan dan taraf hidup komuniti.

Ini sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan B40 yang berdepan cabaran kos sara hidup.
Timbalan perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, manfaat itu termasuk bayaran tunai sehingga RM8,000 bagi penyakit kritikal serta elaun RM50 sehari ketika dimasukkan ke hospital.
“Kami menggalakkan penduduk, khususnya di Petra Jaya, agar menyemak kelayakan masing-masing dan memanfaatkan sepenuhnya skim mySalam serta program bantuan lain yang disediakan kerajaan,” katanya.
Menyatakan perkara itu sempena penganjuran Karnival Karnival 3K (Kewangan, Kesihatan dan Kebajikan) Petra Jaya 2025 yang berlangsung di Kuching pada Ahad.
Fadillah berkata, program ini menjadi platform penting menyampaikan maklumat mengenai inisiatif Malaysia MADANI, termasuk STR, BSH, PeKa B40, PPR dan SARA.
“Selain manfaat tunai perlindungan kesihatan,skim ini juga menjadi pemangkin kepada kesedaran kewangan dan pengurusan risiko dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah,” katanya.
Jelas beliau skim berkenaan bukan sahaja memberi bantuan, tetapi memberi ilmu,akses dan peluang kepada Masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup.
Program itu juga melambangkan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh perlindungan kewangan, kesihatan dan Kebajikan rakyat.
Topic Berkaitan
#Manfaat mySalam
#Rakyat terima pelbagai manfaaat
#meningkatkan taraf hidup
#tetapi memberi ilmu akses dan peluang kepada Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan