Kerajaan bersetuju membenarkan 174 rumah ibadat bukan Islam dibuka di Zon Hijau sahaja mulai 10 Jun ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi tujuan itu, kesemua rumah ibadat itu masih perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hari ini (21 Mei 2020), Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique telah membentangkan kepada Mesyuarat Khas Menteri Menteri berkenaan SOP rumah ibadat bukan Islam hasil rundingan dan persetujuan dari Ketua Badan Agama bukan Islam.

“Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan rumah-rumah ibadat bukan Islam untuk dibuka di Zon Hijau sahaja sepanjang tempoh PKPB mulai 10 Jun 2020.

“Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah bilangan kehadiran penganut agama hendaklah tidak melebihi 30 orang, tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat tersebut,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Antara SOP lain yang digariskan pihak berkuasa adalah: