Sebanyak 18.4 peratus penduduk Sarawak berumur 18 tahun ke atas dianggar termasuk dalam prevalens obesiti manakala 30.1 peratus lagi dalam keadaan berat badan yang berlebihan.
Angka ini menunjukkan prevalens yang lebih tinggi sedikit berbanding tahap nasional yang mencatatkan 17.7 peratus obesiti [BMI=30kg/m(2) keatas], dan 30 peratus masalah berat badan berlebihan [BMI 25.0 hingga 30.0 kg/m(2)].
Indeks Jisim Badan (BMI) adalah petunjuk jumlah lemak badan seseorang berdasarkan kepada nisbah berat badan, berbanding ketinggiannya.
Bagaimanapun dari sudut penyakit tidak berjangkit, masalah diabetis di Sarawak menunjukkan angka 14.8 peratus daripada penduduk berumur 18 tahun ke atas, iaitu lebih rendah berbanding tahap nasional 17.5 peratus.
Maklumat ini ini adalah antara data yang terkandung dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 (NHMS) yang dilaksanakan oleh Institut Kesihatan Umum (IKU) yang diperoleh Bernama di sini baru-baru ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan berkenaan NHMS 2015 di Putrajaya baru-baru ini berkata secara keseluruhan prevalens berat badan mencatatkan peningkatan berbanding kajian pada tahun 2006 dan 2011, iaitu masing-masing dengan 29.1 peratus dan 29.4 peratus.
Sementara itu, dua lagi penyakit tidak berjangkit iaitu hipertensi dan paras kolesterol tinggi dalam darah di Sarawak mencatatkan tahap tinggi; iaitu 37.3 peratus hipertensi (berbanding 30.3 peratus tahap nasional) dan 48.6 peratus kolesterol tinggi dalam darah (berbanding 47.7 tahap nasional).
Dari segi prevalens perokok turut menyaksikan peratusan tinggi bagi penduduk 15 tahun dan ke atas di Sarawak, menjangkau 25.4 peratus, berbanding 22.8 peratus di tahap nasional.
Bernama
Thu Jul 07 2016
Sebanyak 18.4 peratus penduduk Sarawak berumur 18 tahun ke atas dianggar termasuk dalam prevalens obesiti manakala 30.1 peratus lagi dalam keadaan berat badan yang berlebihan.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
18.4 peratus penduduk 18 tahun ke atas di Sarawak obes
Angka ini menunjukkan prevalens yang lebih tinggi sedikit berbanding tahap nasional.