awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kawalan sempadan diperkukuh, tangkapan rakyat Malaysia di Sungai Golok menurun
Loji penyahgaraman air laut di POIC mampu jadi model selesai bekalan air industri Sabah
Peruntukan RM50 juta bantu selenggara 28 SJKT di Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 PATI ditahan cuba masuk Malaysia

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/01/2021
10:13 MYT
18 PATI ditahan cuba masuk Malaysia
Siasatan awal mendapati, kesemua PATI yang berusia 28 hingga 51 tahun itu dipercayai baru sahaja tiba di Malaysia.
KUALA LUMPUR:Cubaan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 13 wanita dari Indonesia untuk memasuki negara secara haram gagal selepas ditahan dalam Op Benteng hari ini.
Siasatan awal mendapati, kesemua PATI yang berusia 28 hingga 51 tahun itu dipercayai baru sahaja tiba di Malaysia.
Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) berkata, berkata kesemua suspek ditahan dalam beberapa serbuan antara pukul 2.15 pagi dan 10.50 pagi, hari ini.
Kesemua PATI itu ditahan susulan mpergerakan mereka dikesan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) mengesan pergerakan bot yang mencurigakan menghala ke arah Teluk Ramunia.
"Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 2.15 pagi, kita menahan lapan PATI ketika cuba bersembunyi di kawasan berkenaan.
"Susulan penahanan itu, kita menahan 10 lagi PATI dalam dua lagi siri tangkapan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Kenyataan itu memaklumkan, pasukan penguat kuasa turut merampas mata wang Malaysia dan Indonesia kira-kira RM17,000, telefon bimbit dan barangan kemas.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan ujian saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.
Topic Berkaitan
#pati
#Indonesia
#Joko Widodo
#Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia
#Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan