Skip to main content

Malaysia

Pelajar politeknik maut, rakan cedera dilanggar kereta dipercayai ubah laluan

kemalangan
Seorang pelajar Politeknik Pagoh, maut manakala rakannya mengalami kecederaan di bahagian kaki setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Bulatan Hub Universiti Pagoh, pagi tadi.

MUAR: Seorang pelajar Politeknik Pagoh, di sini, maut manakala rakannya mengalami kecederaan di bahagian kaki setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Bulatan Hub Universiti Pagoh, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Axia yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 32 tahun sedang bergerak dalam bulatan dari arah Pagoh menuju ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh.

Advertisement

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta berkenaan telah mengubah haluan secara mengejut dari lorong kanan ke kiri lalu melanggar sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang datang dari arah yang sama dan berada di lorong sebelah kiri.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal yang merupakan pelajar lelaki berusia 19 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sementara itu, pembonceng motosikal yang juga berusia 19 tahun dan pelajar politeknik yang sama mengalami kecederaan di bahagian kaki, kini sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan melalui ujian saringan awal air kencing adalah negatif dadah serta telah ditahan untuk membantu siastan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

--BERNAMA

 

Must Watch Video