awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

180 kes baharu varian Delta dikesan di Sarawak

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
03/08/2021
09:49 MYT
180 kes baharu varian Delta dikesan di Sarawak
Profesor Dr David Perera mendedahkan kesemua kes baharu varian Delta dikenalpasti melalui pengesanan dan pengawasan berterusan pihaknya terhadap penyebaran virus SARS-CoV-2. Foto UNIMAS
KUCHING: Sarawak mencatatkan 180 kes baharu varian Delta yang telah dikesan Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak 27 Julai lalu.
Angka tersebut sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 varian Delta di negeri itu kepada 273 kes sejak pertama kali dilaporkan pada 18 Jun lalu.
Pengarah IHCM UNIMAS, Profesor Dr David Perera mendedahkan kesemua kes tersebut dikenalpasti melalui pengesanan dan pengawasan berterusan pihaknya terhadap penyebaran virus SARS-CoV-2.
“Di bahagian Kuching kita telah mengenalpasti 124 kes varian Delta, di Lundu (8) dan Bau (5) serta beberapa kawasan lain iaitu di Bau, Kota Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Miri dan Bintulu.
“Jumlah ini sekaligus mencatatkan kadar pengesanan varian Delta kepada 65 peratus daripada 137 sampel COVID-19 yang digunakan,” katanya dalam satu laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Selasa.
Tambah David, setakat 27 Julai juga, tujuh kes terbaru juga telah dikenalpasti sebagai Indonesian Variant of Concern (B.1.466.2) dan dua kes varian Beta.
“Dua kes varian Beta, dan empat Indonesian Variant Of Concern telah dikenalpasti di Kuching, di Sibu (2) dan satu kes di Bintulu.
“Secara keseluruhan 343 Variant Of Concern (VOC) atau Variant Of Interest (VOI) telah dikesan di Sarawak daripada pesakit COVID-19,” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Varian Delta
#IHCM
#Unimas
#Kuching
#Sibu
#Bintulu
#Miri
#Malaysia
#varian Beta
#VOC
#VOI
#Profesor Dr David Perera
#Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan