awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,817 mangsa banjir kini ditempatkan di 22 PPS

Bernama
Bernama
12/11/2022
16:40 MYT
1,817 mangsa banjir kini ditempatkan di 22 PPS
Sebanyak 1,817 mangsa banjir daripada 488 ketua isi rumah (KIR) kini ditempatkan di 22 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri terjejas banjir setakat 4 petang Sabtu. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Sebanyak 1,817 mangsa banjir daripada 488 ketua isi rumah (KIR) kini ditempatkan di 22 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri terjejas banjir setakat 4 petang Sabtu, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
NADMA memaklumkan Kedah, Pulau Pinang dan Melaka adalah negeri terbaharu dilaporkan terkesan bencana banjir selepas Selangor, Kelantan dan Johor dengan sembilan daerah di kesemua negeri itu masih terjejas.
Di SELANGOR, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menghantar pam ke kawasan Meru, Klang bagi membantu mempercepatkan aliran air keluar ke sungai daripada kawasan banjir.
"Memandangkan air di kawasan kediaman masih tinggi, usaha ini diharapkan dapat membantu proses pengeringan.
"Usaha yang dilakukan kerajaan negeri dengan sokongan JPS ini akan diteruskan di kawasan-kawasan lain yang mengalami masalah sama," menurut kenyataan itu.
NADMA memaklumkan, dua jajahan di KELANTAN iaitu Pasir Mas dan Tanah Merah terkesan banjir setakat 6 petang tadi.
Di JOHOR pula, aras air di Stesen Sg. Siam di Kampung. Sungai Siam di Lembangan Sungai Johor diramalkan melepasi aras bahaya sebanyak 0.02 meter pada 6 petang hari ini.
"Penduduk di kawasan rendah diarahkan untuk siap siaga dan patuh arahan jika diarahkan berpindah.
"Terdapat tiga PPS telah diaktifkan di daerah Segamat setakat 6 petang tadi," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, NADMA memaklumkan penduduk terutamanya di kawasan dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa selain boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook: PubliclnfoBanjir dan Twitter @JPS InfoBanjir.
Orang ramai juga boleh muat turun aplikasi myCuaca di Google Play dan App Store bagi mendapatkan maklumat cuaca yang terkini serta sahih daripada MetMalaysia, selain diingatkan supaya peka dan patuh kepada arahan dikeluarkan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya diarahkan.
JPS hari ini telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi enam negeri melibatkan Johor, Terengganu, Kedah, Sabah, Sarawak dan Selangor.
Terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi di negeri berkenaan sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku dalam tempoh 12 jam daripada waktu notis dikeluarkan, menurut JPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#NADMA
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan