KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan pada Khamis melibatkan 18 warganegara dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah korban akibat COVID-19 sehingga kini sebanyak 1,610.

Berikut lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:

1) Sebanyak 3,551 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam negara dalam tempoh 24 jam lalu.

2) Sebanyak 2,709  kes sembuh menjadikan 392,555 jumlah keseluruhan kes.

3) Dalam tempoh 24 jam lalu, 19 kematian direkodkan menjadikan keseluruhan kes korban menjadi 1,610.

4) Sebanyak 14 kluster baharu direkodkan.

5) Selangor mencatatkan jumlah kes paling tinggi dengan 1,137 kes diikuti Kuala Lumpur (477), Sarawak (391) dan Kelantan (326).

BACA: COVID-19: Malaysia catat 3,551 kes baharu, Selangor kekal catat kes tertinggi