awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 rumah di Baling terjejas akibat banjir kilat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/09/2024
00:30 MYT
19 rumah di Baling terjejas akibat banjir kilat
Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu memindahkan penduduk yang terjejas ke tempat selamat.
BALING : Sebanyak 19 buah rumah di tiga kampung sekitar Mukim Kupang, di sini, terjejas selepas kediaman mereka dilanda banjir kilat akibat hujan lebat pada petang Sabtu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, selain Mukim Kupang, dua lagi kampung di sekitar Mukim Bakai turut terjejas banjir kilat iaitu di Kampung Jernang dan Kampung Sedim.
“Selain 10 rumah di Kampung Hangus, baki membabitkan lima di Kampung Bendang Padang dan empat di Kampung Bendang Pecah.
"Hujan lebat terutama pada waktu petang dan malam menyebabkan beberapa kawasan rendah terdedah kepada risiko banjir kilat dan tanah runtuh.
"Langkah keselamatan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan penduduk yang terjejas ke tempat selamat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau berkata, banjir sungai terjadi apabila hujan lebat yang berlaku di kawasan hulu menyebabkan alur sungai tidak mampu menampung kuantiti air hujan yang banyak.
Mohd Faizol memaklumkan, keadaan cuaca hujan renyai-renyai di beberapa tempat di sekitar daerah Baling, manakala paras air sungai Baling dalam keadaan berjaga-jaga.
Menurut beliau, setakat jam 9 malam, jumlah sebenar keluarga terjejas di dua kampung itu masih dalam bancian dan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#banjir kilat
#Mukim Kupang
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan