awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 sekolah diarahkan tutup di Selangor kerana COVID-19

Bernama
Bernama
19/04/2021
17:03 MYT
19 sekolah diarahkan tutup di Selangor kerana COVID-19
Penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat. - Gambar hiasan/ Bernama
SHAH ALAM: Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula Isnin ekoran kemunculan kluster pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling yang dikeluarkan pada Isnin sekolah yang diarahkan tutup itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong; SMK Bandar Sri Damansara 2; SMK Damansara Jaya; SMK Seksyen 7 dan SMK USJ 23.
Turut diarahkan tutup ialah SMK Puchong; SMK Puchong Utama 1; SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara; SMK Bandar Puncak Jalil; SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong Perdana.
Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) pula iaitu SK Puchong Perdana; SK Bandar Baru Sri Damansara 2; SK Bukit Kuchai; SK Bandar Sri Damansara 3; SK Bukit Jelutong dan SK USJ 20.
Selain itu, sekolah diarahkan tutup ialah Sekolah Agama Menengah Bestari Subang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling berkata penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.
"Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.
"Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sekolah diarah tutup
#Selangor
#Petaling Jaya
#COVID-19
#kluster
#pembersihan
#pelajar
#dijangkiti
#sekolah tutup
#pkd petaling
#sekolah tutup 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan