awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

191 kes COVID-19 di Sabah hari ini libatkan kanak-kanak 5 tahun ke bawah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
09/09/2021
14:47 MYT
191 kes COVID-19 di Sabah hari ini libatkan kanak-kanak 5 tahun ke bawah
Sabah hari ini melaporkan pertambahan 2,298 kes COVID-19 baharu, di mana 191 kes daripadanya merupakan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Sabah hari ini melaporkan pertambahan 2,298 kes COVID-19 baharu, di mana 191 kes daripadanya merupakan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah itu termasuk 27 bayi yang berumur kurang daripada satu tahun.
"Walaupun majoriti pesakit (1,457) adalah mereka yang berumur antara 18 hingga 59 tahun, tetapi seramai 191 orang yang dijangkiti adalah di kalangan kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah termasuk 27 bayi yang berumur kurang daripada satu tahun.
"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,294 kes atau 56.3 peratus daripada 2,298 kes hari ini.
"Sebanyak 723 kes atau 31.5 peratus daripada saringan bergejala, dan 56 kes atau 2.4 peratus daripada saringan kluster," katanya.
Menurutnya, berdasarkan statistik daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Sabah, setakat 8 September, sejumlah 65.36 peratus penduduk dewasa Sabah telah pun memperolehi satu dos vaksin dan 48.63 peratus telah melengkapkan pengambilan dos vaksin mereka.
"Penambahan peratusan penduduk yang divaksin sedikit sebanyak mengurangkan jumlah kategori kes yang dianggap serius seperti kategori 4 dan kategori 5.
"Daripada 2,298 kes yang dicatat hari ini, 554 kes atau 24.1 peratus adalah dalam kategori 1, sebanyak 1,576 kes atau 68.6 peratus dalam kategori 2.
"Manakala, tujuh kes dalam kategori 3, satu kes dalam kategori 4 dan dua dalam kategori 5. Sebanyak 158 kes lagi masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata satu kluster jenis penularan komuniti, iaitu Kluster Rapak, telah dilaporkan melibatkan daerah Ranau.
Setakat ini, kluster tersebut merekodkan sebanyak 42 kes kumulatif yang telah dikesan melalui saringan kontak rapat.
Topic Berkaitan
#Sabah
#kes baharu
#COVID-19
#lima tahun
#Masidi Manjun
#vaksin
#Kluster Rapak
#Ranau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan