awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1BestariNet: Semua pihak dinasihat tidak buat spekulasi - SPRM

Bernama
Bernama
31/10/2024
04:30 MYT
1BestariNet: Semua pihak dinasihat tidak buat spekulasi - SPRM
Menurut Azam, SPRM menjalankan penyiasatan secara profesional berhubung pemberian tender bernilai RM4 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyeru semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan terhadap perkhidmatan 1BestariNet di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menjalankan penyiasatan secara profesional berhubung pemberian tender bernilai RM4 bilion kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) bagi memastikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.
Beliau menegaskan, SPRM akan mematuhi semua proses sewajarnya dalam memastikan ketelusan siasatan, dan menyeru agar semua pihak mengelakkan daripada membuat spekulasi.
"Kami juga akan mempertimbangkan pembelaan yang dikemukakan oleh YTL," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Azam berkata, masih terlalu awal untuk SPRM membuat sebarang kesimpulan memandangkan siasatan melibatkan pertikaian teknikal berkaitan pelaksanaan projek antara KPM dan YTL.
Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa SPRM akan berusaha mempercepatkan siasatan sebaik mungkin.
Semalam, YTL dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa tender 1BestariNet diberikan kepada syarikat itu berdasarkan bidaannya yang memenuhi keperluan teknikal dan lebih efektif dari segi kos berbanding 18 pembida lain, sekali gus menunjukkan keupayaan dan merit syarikat tersebut. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#1BestariNet
#SPRM
#tender RM4 bilion
#ytl
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan